Jumat, 02 Januari 2009

Jihad: Pengertian dan Isu-Isu Berkaitan

Jihad merupakan satu konsep dan tuntutan dalam Islam yang agak polemik dan kontroversi. Pelbagai salahfaham tentang pengertian jihad serta konsep jihad yang sebenarnya menurut Islam telah menjadi isu yang berbangkit dan sensitif di kalangan masyarakat dunia dewasa ini. Semenjak perlancaran kempen memerangi keganasan oleh kuasa-kuasa besar dunia di alaf baru, jihad dianggap sinomin dengan terorisme dan menjadi satu istilah yang amat menggerunkan mereka.

Walaupun perkataan jihad terdapat di dalam al-Qur’an dan banyak disebut di dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w., namun konsep jihad tetap menjadi pertikaian di kalangan orang bukan Islam dan bahkan sebahagian orang Islam. Oleh itu, tulisan ini bertujuan untuk menelusuri pengertian dan konsep jihad dalam tradisi Islam serta mengupas beberapa isu dan persoalan yang timbul berkaitan jihad dewasa ini. Bagi tujuan tersebut, kajian yang objektif amat diperlukan untuk melihat perkara ini dengan jelas dan amanah. Pensyari’atan jihad dalam Islam tidak perlu dilihat sebagai sesuatu yang negatif walaupun dunia hari ini cenderung ke arah itu. Sebagai seorang Muslim yang percaya dan yakin dengan kesempurnaan ajaran Islam, pensyari’atan jihad sudah pasti mengandungi hikmah dan kebaikan bagi ummat Islam yang bijak memahaminya dan melaksanakannya pada tempat dan masa yang sepatutnya.
  1. PENGERTIAN JIHAD

1.1 Jihad dari segi bahasa
Menurut kamus-kamus bahasa Arab, perkataan jihad berasal daripada perkataan al-jahd yang bermakna kesukaran, dan al-juhd yang bermakna kekuatan dan usaha. Manakala perkataan al-jihad bermaksud “mengerahkan kekuatan dan kemampuan baik dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan”.
Justeru, perkataan jihad dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai “mengerahkan dan mengeluarkan segala kekuatan dan kemampuan untuk membuat perlawanan di antara dua pihak, walaupun dalam bentuk ma’nawi (bukan fizikal)”. Menerusi definisi ini, dapat disimpulkan bahawa jihad merupakan satu istilah yang meliputi pelbagai aspek. Ia bukan hanya melibatkan perlawanan atau peperangan secara fizikal yang melibatkan senjata, bahkan ia juga merangkumi perlawanan bukan fizikal termasuklah secara mental serta spiritual. Perlawanan dalam bentuk ma’nawi dapat dijelaskan lagi sebagai perlawanan di antara manusia dengan dirinya sendiri. Sebagai contoh, konflik yang seringkali dihadapi oleh seseorang individu di antara dua keinginan yang bertentangan, seperti keinginan hati murni untuk melakukan perkara yang bersesuaian dengan ajaran agama atau keinginan untuk melakukan perkara menurut hawa nafsu.
Manakala frasa “pengerahan kekuatan dan kemampuan” yang dimaksudkan dalam definisi jihad dari segi bahasa boleh diaplikasikan dalam pelbagai bentuk, antaranya:
a) Pengerahan kekuatan dan kemampuan menerusi kata-kata.
b) Pengerahan kekuatan dan kemampuan melalui perbuatan nyata, seperti berlawan (samada dengan atau tanpa senjata), menyumbang wang atau harta benda.
c) Pengerahan kekuatan dan kemampuan dengan keengganan untuk membuat sesuatu perkara atau kengganan untuk berkata-kata, seperti enggan mentaati ibubapa dalam perkara maksiat. (Muhammad Khayr Haikal, 1996 ji.1: 39)

Pengertian jihad dari segi bahasa tidak menghadkan aliran, ideologi maupun agama si pengguna istilah jihad tersebut. Oleh yang demikian bagi orang Islam, jihad yang dilakukan adalah fi sabiliLlah pada jalan Allah (Muhammad Khayr Haikal, 1996 jil.1: 40)
1.2 Jihad Menurut al-Qur’an dan Sunnah
Definisi jihad dalam Syariah Islam sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Qur’an dan Sunnah adalah lebih khusus berbanding dengan maknanya dari segi bahasa. Jihad bermaksud “mengerahkan tenaga dan usaha untuk berperang pada jalan Allah, samada secara langsung (bertempur di medan perang), ataupun dengan harta, akal fikiran, membekalkan tentera tambahan, logistik, bantuan perubatan bagi tentera dan sebagainya. (Muhammad Khayr Haikal, 1996 jil.1: 40) Sehubungan itu, Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Nisa’ ayat 95 yang bermaksud: [i]
“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman- selain daripada orang-orang yang ada keuzuran- dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak berperang disebabkan uzur) dengn kelebihan satu darjat.”
Allah juga berfirman di dalam surah al-Taubah ayat 41 yang bermaksud:
“Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggunggjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”.
Menerusi ayat ini, Allah memerintahkan orang-orang Islam keluar beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah walau dalam apa situasi dan keadaan sekalipun, samada dengan nyawa dan juga harta benda. Jika diteliti, kita akan dapati dalam kebanyakan ayat-ayat dan wahyu yang diturunkan oleh Allah Taala berkenaan jihad, istilah jihad sering digandingkan atau dikaitkan dengan frasa “berjihad dengan harta dan nyawa ataupun jiwa”. Ini tidak membuktikan bahawa jihad dengan harta adalah lebih baik atau lebih diutamakan daripada berjihad dengan nyawa. Akan tetapi, ia menjelaskan hakikat berjihad pada jalan Allah yang pada kebiasaannya meliputi dua komponen utama, iaitu harta dan nyawa. Harta adalah perlu untuk mempersiapkan peralatan dan kelengkapan peperangan, manakala nyawa atau jiwa raga adalah penting sebagai bala tentera. Selain itu, adalah menjadi fitrah manusia lebih menyayangi nyawa berbanding dengan harta. Justeru, ketika membicarakan tentang jihad dan menyeru orang-orang Islam untuk keluar berjihad, Allah Taala sering mendahulukan frasa “jihad dengan harta”, dengan tujuan untuk memberi semangat dan mendorong mereka berjihad, kerana jihad dengan harta adalah lebih mudah untuk dilakukan.
Sebagaimana di maksudkan oleh ayat-ayat di dalam al-Qur’an, hadith dan sunnah Rasulullah s.a.w. berkenaan jihad juga memfokuskan dan mengkhususkan makna jihad kepada bertempur dan berperang pada jalan Allah. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
“Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Beritahulah aku, amalan apakah yang setanding dengan jihad? Rasulullah s.a.w. menjawab: Aku tidak memperolehnya. Lelaki tersebut berkata: Beritahu dan terangkanlah kepadaku. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Apabila mujahid (pejuang) berangkat untuk berjihad, sanggupkah kamu masuk ke masjid, lalu berdiri sembahyang dan tidak berhenti, adakah kamu terdaya untuk berpuasa terus-menerus tanpa berbuka walau sehari? Baginda bersabda lagi: Siapakah yang sanggup melakukan sedemikian?” [ii]
Di dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. juga pernah menjelaskan:
“Dari Abu Said al-Khudri r.a. berkata: ada orang bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah manusia yang lebih utama? Rasulullah s.a.w. menjawab: Orang mukmin yang berjihad dalam agama Allah dengan diri (jiwa) dan hartanya. Mereka bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: Orang mukmin yang berada di jalan lereng bukit, bertaqwa kepada Allah dan manusia terhindar dari kejahatannya”. [iii]
Walaupun konsep jihad dalam al-Qur’an dan Sunnah dikaitkan dan difokuskan kepada pertempuran dan peperangan, namun ia bukanlah satu-satunya jalan atau cara untuk melakukan ibadah tersebut. Menurut seorang ulama’ fiqh kontemporari, Wahbah al-Zuhayli, terdapat beberapa cara manifestasi jihad yang boleh dilakukan, iaitu jihad dengan jiwa raga, harta dan juga kata-kata, bagi tujuan mempertahankan diri daripada musuh (Wahbah al-Zuhayli, 1997, jil.6: 448). Kebanyakan ayat-ayat al-Qur’an berkenaan jihad diturunkan menjelaskan peperangan yang telah berlangsung dan tidak dapat dielakkan (Ergun Kapan et al., 2004: 22).
Jihad dalam ertikata berperang dan bertempur adalah jalan terakhir (the last resort) dalam menangani permusuhan dan konflik. Ini sejajar dengan konsep keamanaan yang dibawa dan diseru oleh agama Islam. Bahkan, berjihad untuk menawan negara musuh, kepentingan mereka atau menakluk mereka semata-mata bukanlah sesuatu yang dituntut oleh Islam. Peristiwa fathu al-makkah (pembukaan /penawanan Makkah) tanpa pertumpahan darah dan pertempuran tragis selepas 2 tahun Muslimin memeterai perjanjian Hudaibiyah serta menanti dengan penuh kesabaran adalah bukti kukuh polisi keamananan yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w.

2. PENSYARI’ATAN JIHAD DI DALAM ISLAM

2.1 Era Makkah Sebelum Hijrah

Semenjak wahyu diturunkan oleh Allah Taala kepada Rasulullah s.a.w., Baginda berusaha untuk menyampaikan Risalah Allah dan mengembangkan ajaran Islam dengan sedaya upaya melalui pelbagai cara. Rasulullah s.a.w. berdakwah selama 13 tahun di Makkah dan selama tempoh tersebut, Baginda telah menempuh pelbagai cabaran, penentangan serta menghadapi tentangan dan cabaran yang hebat dari kaum Quraisy Makkah. Dakwah secara aman kurang mendapat sambutan, malahan penyeksaan dan penghinaan diberikan kepada Rasulullah s.a.w. serta para pengikut Baginda. Namun, sebelum termeterainya perjanjian Aqabah ke II pada tahun ke 13 selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., kaum Muslimin tidak diizinkan memerangi musuh. Perlu dijelaskan di sini bahawa larangan berperang ataupun berjihad bukan bermaksud kaum Muslimin tidak dibenarkan sama sekali berperang dengan pihak musuh. Akan tetapi, yang dimaksudkan di sini ialah kaum Muslimin dilarang memulakan peperangan secara besar-besaran atau berhadapan dengan musuh di medan perang, tetapi dibolehkan berperang untuk mempertahankan diri dan membalas kekejaman serta penyeksaan oleh masyarakat Jahiliyyah. (Muhannad Khayr Haikal, 1996 jil.1: 457)
Kezaliman dan penyeksaan yang dilakukan terhadap kaum Muslimin sudah sampai ke kemuncaknya apabila mereka telah dianiaya serta diusir dari rumah dan kampung halaman mereka sendiri. Bagi membela nasib orang-orang Islam serta mempertahankan maruah Islam dan Muslimin, Allah telah mensyari’atkan jihad dengan mengizinkan kaum Muslimin berperang dan melawani orang-orang kafir. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Nisa’i, kebanyakan ulama’ salaf [iv] (terdahulu) mengatakan bahawa ayat keizinan untuk berjihad yang pertama diturunkan ialah surah al-Haj ayat 39-40. Ayat tersebut diturunkan oleh Allah Taala semasa orang-orang Islam di Makkah dalam perjalanan ke Madinah untuk berhijrah. (Muhammad Khayr Haikal,1996 jil.1: 460-461) Implikasi dari keizinan untuk berjihad ini, kaum Muslimin telah diberi peluang untuk berperang dengan Musyrikin di medan perang serta menuntut kembali hak dan mengembalikan maruah mereka. Namun begitu, pada peringkat awal jihad dibenarkan dalam Islam, ia bukanlah sesuatu yang diwajibkan dan dituntut ke atas kaum Muslimin. Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
“Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Berkuasa menolong mereka. Iaitu orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah.” [v]
2.2. Era Madinah Selepas Hijrah
Hijrah ke Madinah sememangnya membawa rahmat kepada kaum Muslimin dan merupakan platform untuk Islam mencari tapak yang kukuh untuk berkembang. Keadaan Muslimin dan masa depan Islam semakin cerah dan memberangsangkan dengan sokongan padu penduduk Madinah. Rasulullah s.a.w. berjaya menyediakan barisan pejuang yang sanggup berjihad pada jalan Allah dan berkorban nyawa demi Islam. Pada sekitar akhir tahun pertama atau tahun kedua selepas hijrah, Allah s.w.t. telah mewajibkan jihad fi sabilillah ke atas kaum Muslimin. (Muhammad Khayr Haikal,1996 jil.1:463) Ini dinyatakan menerusi ayat 216 dalam surah al-Baqarah. Allah berfirman yang bermaksud: [vi]
“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu”.
Allah juga berfirman menerusi ayat 190 di dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: [vii]
“Dan perangilah di jalan Allah orang –orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”

Menerusi ayat 190 ini, Allah s.w.t. telah menjadikan jihad pada jalan Allah (fi sabilillah) –berperang- menentang musuh Islam yang memerangi ummat Islam sebagai suatu tuntutan yang wajib. Akan tetapi, kaum Muslimin tidak dibenarkan memerangi orang-orang kafir yang tidak melancarkan serangan atau peperangan terhadap orang Islam serta dilarang daripada melampaui batas seperti bertindak kejam dan zalim ketika berperang.

Setelah orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) melanggar perjanjian yang dimeterai dengan Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin, Allah Taala telah menurunkan wahyu di dalam surah al-Taubah [viii] yang mengarahkan kaum Muslimin memerangi kaum Musyrikin, termasuk juga ahli Kitab[ix] (Yahudi dan Nasrani) yang tidak beriman kepada Allah, sehinggalah mereka memeluk agama Islam dan melafazkan kalimah syahadah [x] ataupun bersetuju untuk membayar jizyah. [xi]

Secara ringkas, kronologi pensyari’atan Jihad (berperang) di jalan Allah boleh diringkaskan seperti berikut:
a) Pada peringkat awal da’wah Rasulullah di era Makkah, Jihad memerangi musuh masih belum disyari’atkan oleh Islam. Walaupun terdapat beberapa ayat yang diturunkan di era tersebut yang menyebut tentang jihad seperti di dalam surah al-Ankabut ayat ke 6,8 dan 69 serta surah Luqman ayat 15, namun jihad dalam konteks tersebut lebih kepada makna jihad ma’nawi, bukan jihad yang melibatkan pertempuran dan peperangan.
b) Semasa proses Hijrah ke Madinah, kaum Muslimin mendapat keizinan untuk berjihad dan berperang daripada Allah Taala. Namun pada tahap ini, Allah Taala membenarkan orang-orang Islam berperang, tetapi bukan mewajibkannya.
c) Selepas Hijrah ke Madinah, kaum Muslimin diwajibkan berjihad memerangi mereka yang memusuhi serta memerangi Islam dan Muslimin. Terdapat hampir 26 istilah jihad yang disebut di dalam surah-surah madaniyyah[xii]. Kebanyakkannya dengan jelas membawa maksud berperang pada jalan Allah Taala, atau kerana Allah Taala. (Muhammad Khayr Haikal,1996 jil.1: 41)

Kajian tentang kronologi pensyari’atan jihad mendapati bahawa tuntutan dan hukum jihad diturunkan secara beransur-ansur, berperingkat dan mengikut kesesuaian masa, kepelbagaian dan keperluan situasi serta persediaan mental dan fizikal kaum Muslimin. Ini membuktikan keistimewaan Islam sebagai agama fitrah manusia yang tidak membebankan serta releven dengan keadaan semasa. Secara perbandingan, keadaan kaum Muslimin di Makkah sebelum Hijrah agak lemah, memandangkan pengikut Nabi Muhammad s.a.w. masih sedikit dan mereka merupakan golongan minoriti yang sering ditindas. Oleh itu, Allah Taala Yang Maha Mengetahui akan ketidakupayaan mereka untuk bertempur dan berperang tidak mensyari’atkan kaum Muslimin di Makkah untuk berjihad. Sebaliknya, semasa di Madinah, Islam berkembang dan memperkukuhkan pengaruhnya. Setelah wujudnya kerajaan dan pemerintahan Islam yang kukuh di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w., jihad telah disyari’atkan. Pada masa tersebut, Rasulullah telah dapat mempersiapkan barisan pejuang yang beriman dan sanggup berkorban segala-galanya demi Islam.
3. KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN JIHAD
Jihad merupakan suatu amalan ibadah yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan tersendiri. Ia adalah kemuncak amalan terpuji yang dituntut di dalam Islam, jika dibandingkan dengan amalan-amalan lain selain daripada solat wajib. Majoriti ulama’ Islam berpendapat jihad adalah lebih utama daripada solat dan puasa sunnat, sepertimana yang digambarkan melaui hadith dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia merupakan satu prinsip yang agung di dalam Islam kerana ia merupakan salah satu cara memelihara kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan Islam. (Wahbah al-Zuhayli, 1996, jil. 6: 448) Oleh kerana itulah jihad menjadi fardhu (tuntutan yang wajib) dan perintah yang berkekalan hingga ke hari Kiamat. Allah taala berfirman di dalam surah al-Haj ayat ke 78 yang bermaksud:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah s.w.t. dengan jihad yang sebenar-benarnya”
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: [xiii]
“Apakah perbuatan yang paling baik? Jawab Rasulullah s.a.w. : ‘Beriman kepada Allah Taala’. Kemudian perbuatan apa pula? Jawab Rasulullah s.a.w.:‘Jihad pada jalan Allah’. Kemudian apa pula? Jawab Rasulullah s.a.w.: Haji yang mabrur”.

Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. untuk mereka yang berjihad samada dengan nyawa atau harta benda termasuklah pahala yang besar, maghfirah (keampunan) dari segala dosa daripada Allah Taala, kemuliaan di sisi Allah di dunia dan di Akhirat, selamat dari azab kubur dan seksa Neraka serta jaminan tempat yang eksklusif di Akhirat dan di Syurga. Allah menjanjikan ganjaran yang banyak dan istimewa kepada para mujahidin, terutamanya yang mati syahid di medan perang kerana mereka adalah tentera Allah di muka bumi. Perlu dijelaskan di sini, meskipun jihad boleh diterjemahkan dan dilakukan melalui beberapa wadah dan cara, namun berjihad dengan jiwa raga adalah yang paling utama dan paling dituntut oleh Islam. Pengorbanan seseorang berjihad semata-mata kerana Allah tidak dapat ditandingi dengan mana-mana amalan yang lain. (Sheikh Abdullah, 1995:14) Demikian dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith sahih (benar dan autentik) yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:[xiv]
“Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Beritahulah aku, amalan apakah yang setanding dengan jihad? Rasulullah s.a.w. menjawab: Aku tidak memperolehnya. Lelaki tersebut berkata: Beritahu dan terangkanlah kepadaku. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Apabila mujahid (pejuang) berangkat untuk berjihad, sanggupkah kamu masuk ke masjid, lalu berdiri sembahyang dan tidak berhenti, adakah kamu terdaya untuk berpuasa terus-menerus tanpa berbuka walau sehari? Baginda bersabda lagi: Siapakah yang sanggup melakukan sedemikian?” [xv]
Rasulullah di dalam hadith yang lain juga pernah bersabda:
“Dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala telah menjamin bagi orang yang pergi berperang fi sabilillah (untuk menegakkan agama Allah) dengan firmannya: Siapa yang pergi berjihad hanya semata-mata untuk membela dan menegakkan agamaKu, dan kerana iman kepadaKu, serta percaya kepada RasulKu; maka Aku menjamin bahawa aku akan masukkannya ke dalam Syurga (jika dia mati di medan perang) atau mengembalikannya pulang ke rumahnya membawa kemenangan, berupa pahala dan harta pampasan”. [xvi]
Seterusnya di dalam hadith yang lainnya, Rasulullah s.a.w. menjelaskan kelebihan berjihad :
“Dari Anas bin Malik r.a.berkata. Rasulullah s.a.w. bersabda: jihad fi sabilillah pagi dan petang lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya”.[xvii]
Oleh kerana jihad melibatkan pengorbanan yang besar dari segi harta dan juga nyawa, maka dalam melaksanakannya seseorang Muslim perlu mempunyai tahap keimanan yang tinggi agar dapat melaksanakan jihad dengan niat yang benar, ikhlas dan penuh keredhaan. Di dalam al-Qur’an, Allah Taala menjelaskan dengan ayat yang indah bahawa jihad adalah umpama satu pelaburan yang paling menguntungkan bagi seseorang Muslim, disebabkan keistimewaan ganjarannya yang tidak tertanding. Allah s.w.t berfirman, di dalam surah al-Saf ayat 10-13, maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ’adn. Itulah keuntungan yang besar. Dan ada lagi kurnia lain yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.”

Selain yang disebutkan di atas, di antara ganjaran dan kelebihan yang akan dinikmati oleh orang-orang yang berjihad, terutamanya yang syahid (mati kerana berjihad) ialah: (Sheikh Abdullah,1995: 27)
i) Ruh para mujahid yang syahid berada di dalam burung-burung hijau yang berterbangan bebas di Syurga.
ii) Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan mereka.
iii) Peluang meminta syafa’at daripada Allah agar pahalanya dapat digunakan untuk mengampuni sehingga 70 orang ahli keluarganya.
iv) Pada hari Pembalasan, orang yang syahid ketika berjihad akan datang dengan rasa yakin dan selamat daripada ketakutan terhadap balasan dan seksaan.
v) Mujahid yang syahid tidak akan merasa sakit dan terseksa semasa saat kematian. Mereka hanya akan berasa seperti dicubit sahaja.
4. TUJUAN DAN KEPENTINGAN JIHAD
Sesuatu jihad ataupun peperangan yang dilakukan pada jalan Allah mestilah mempunyai tujuan dan kepentingan yang diredhai oleh Allah Taala. Perintah Allah Taala kepada kaum Muslimin supaya berperang tidak boleh dimanipulasi dan dijadikan alasan oleh ummat Islam untuk sewenang-wenangnya mengangkat senjata dan melancarkan peperangan. Ini kerana Islam merupakan agama yang menitikberatkan ukhuwwah (persaudaraan), keamanan dan kedamaian. Malah, istilah “Islam’ itu sendiri beerti selamat dan sejahtera. Di antara tujuan ummat Islam berjihad adalah seperti berikut:
1) Mempertahankan Islam dan ajarannya.
- Berjihad untuk mempertahankan ajaran Islam merangkumi juga membanteras sebarang pergerakan, usaha dan rancangan untuk memutarbelitkan ajaran Islam, atau menghancurkan aqidah Muslimin, baik secara terang-terangan mahupun berselindung.
- Ummat Islam mesti peka dan sedar akan propaganda musuh dan pelbagai taktik mereka yang digunakan untuk menghancurkan aqidah Muslimin, samada melalui penulisan atau kajian tentang Islam, melalui serangan pemikiran, ekonomi ataupun budaya hidup.
- Muslimin haruslah mengembalikan integriti Islam sebagai agama yang benar dan mentauhidkan Allah Taala.
- Dalam konteks ini, jihad melalui kata-kata, ilmu, penulisan dan ekonomi amat sesuai.
2) Membela diri dan nasib Muslimin daripada kezaliman dan penganiyaan pihak musuh.
- Ini termasuklah jihad mengusir para penceroboh dan penjajah yang merampas negara atau kawasan kediaman kaum Muslimin. Seumpamanya, jihad menentang musuh yang menghalau kaum Muslimin dari tanah air, sepertimana yang berlaku pada orang-orang Islam generasi awal di Makkah.
- Kezaliman terhadap kaum Muslimin juga boleh terjadi melalui penafian hak-hak kemanusiaan serta pencabulan hak-hak asasi, penindasan dari pelbagai aspek dan cara, dan sebagainya.
- Ummat Islam tidak boleh selamanya membiarkan diri mereka ditindas dan dianiaya oleh pihak musuh.

3) Meluaskan syiar Islam.
- Jihad adalah satu mekanisme bagi meluaskan syiar Islam, terutamanya ketika dakwah secara aman tidak dapat dijalankan. Sheikh Muhammad Abu Zahrah merumuskan bahawa Rasulullah s.a.w. berjihad atas dasar dua perkara: Pertama, mempertahankan diri daripada serangan musuh. Kedua: menjamin dakwah Islam dapat dijalankan kerana dakwah Islam merupakan dakwah yang hak dan benar. (Muhammad Khayr Haikal, jil.1: 587)
- Namun, perlu dijelaskan di sini bahawa Islam tidak membenarkan sebarang paksaan atau kekerasan dalam berdakwah.
Satu perkara yang perlu ditekankan ialah kebanyakan Ulama’ berpendapat, prasyarat untuk melancarkan peperangan adalah seruan dan dakwah Islam terlebih dahulu telah disampaikan dan dijalankan terhadap pihak musuh yang ingin diperangi. (Wahbah al-Zuhayli,1997 jil.6: 457) Ini menjelaskan bahawa pihak lawan tidak boleh diserang sebelum menerima dakwah dan seruan Islam secara aman. Syarat ini adalah bersesuaian dengan hakikat Islam sebagai agama yang adil, dan menitikberatkan kedamaian dan keamanan. Terdapat hadith yang bahawa menjelaskan dakwah wajib disampaikan dahulu sebelum peperangan sepertimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas yang menyatakan:
“Rasulullah s.a.w. tidak pernah memerangi mana-mana kaum kecuali Baginda terlebih dahulu menyeru atau mendakwah mereka.” [xviii]
Rasulullah s.a.w. juga bersabda di dalam hadith yang lain:
“Apabila kamu bertemu dengan orang- orang Musyrikin musuh kamu, maka serulah mereka kepada tiga perkara. Jika mereka menerima salah satu daripadanya, maka terimalah daripada mereka dan tahanlah diri daripada mereka.(maksudnya, janganlah memerangi mereka) Serulah mereka kepada Islam, jika mereka menerima, maka tahanlah diri daraipada mereka. Jika mereka enggan, mintalah jizyah, jika mereka bersetuju, terimalah dan tahanlah diri daripada mereka. Jika mereka enggan juga, mintalah pertolongan daripada Allah s.w.t. dan perangilah mereka…”

Kesimpulannya, musuh yang tidak sampai dakwah perlulah diserukan kepada Islam terlebih dahulu. Perlu ditekankan disini, Islam tidak akan menghukum seseorang yang tidak menerima sebarang dakwah atau seruan untuk beriman. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Isra’ ayat ke 15 yang bermaksud:[xix]
“Dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang Rasul”
5. HUKUM DAN KEWAJIPAN BERJIHAD
Secara dasarnya, jihad merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Allah Taala, semenjak selepas Hijrah sehinggalah ke hari Kiamat kelak. Namun, kemusykilan yang timbul ialah, adakah ia diwajibkan (difardhukan) ke atas setiap orang Islam atau merupakan tuntutan ke atas sebahagian kaum Muslimin sahaja? Ulama’ merumuskan hukum kewajipan berjihad berdasarkan beberapa situasi dan keadaan.
5.1 Ketika tiada kerahan tenaga atau pengisytiharan perang

Hukum jihad ketika tiada kerahan tenaga ataupun tiada arahan berperang daripada ketua negara atau pemerintah adalah fardhu kifayah. Maksudnya, jihad adalah diwajibkan ke atas semua para pejuang, tetapi apabila sebahagian daripada mujahid telah melakukannya (keluar berjihad), maka kewajipan tersebut tidak lagi dituntut oleh orang lain. (Wahbah al-Zuhayli,1997, jil.6: 452) Ini berdasarkan firman Allah Taala: [xx]
“ Allah s.w.t. melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang yang tinggal duduk (tidak berjuang) dengan satu darjat. Dan kedua-duanya Allah janjikan dengan balasan baik”.
Menerusi ayat di atas, Allah Taala telah menjanjikan kebaikan kepada para pejuang yang berjihad dan juga orang yang tidak turut berjuang di medan perang. Jika jihad itu merupakan fardhu ‘ain (perkara yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam dan tidak akan gugur tuntutannya apabila sebahagian orang Islam melakukannya), sudah tentu Allah Taala tidak menjanjikan kebaikan kepada mereka yang tidak berjihad di medan perang. Ini kerana, perbuatan tidak ikut serta bertempur dianggap perbuatan yang haram kerana telah melanggar perintah yang diwajibkan. Ayat 122 daripada surah al-Taubah menjelaskan lagi:
“Dan bukanlah semestinya semua orang yang beriman keluar berperang. Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya golongan itu mempelajari secara mendalami ilmu yang dituntut dalam agama..”
Tambahan lagi, di antara tujuan disyari’atkan jihad adalah seruan kepada Islam, menegakkan aqidah yang sebenar serta menolak kejahatan musuh-musuh Islam. Secara umumnya, jika dalam keadaan tidak terdesak atau bukan darurat, semua ini dapat dijalankan oleh sebahagian mujahid sahaja.
Sehubungan ini, wanita Islam tidak dibenarkan keluar berjihad tanpa izin suami ketika tiada kerahan tenaga dari pemerintah. Begitu juga halnya jika seorang anak tidak mendapat kebenaran daripada ibubapanya untuk keluar berjihad, maka dia tidak harus keluar berjuang. Ini kerana, mentaati suami bagi seorang isteri dan mentaati ibubapa bagi seorang anak adalah fardhu ‘ain, sedangkan jihad adalah fardhu kifayah. Maka, perkara fardhu ‘ain mestilah didahulukan serta diutamakan daripada fardhu kifayah.
Pernah disebut dalam beberapa hadith dimana Rasulullah s.a.w. tidak menggalakkan sebahagian sahabat untuk berjihad sedangkan ada perkara yang lain yang dipandang lebih utama untuk dilakukan, dan perkara tersebut merupakan perkara fardhu ‘ain, seperti berbakti kepada orang tua. Ini membuktikan dalam konteks keadaan biasa dan bukan di waktu perang diisyhtiharkan, jihad adalah fardhu kifayah.
5.2 Ketika kerahan tenaga atau pengisytiharan perang
Jika adanya kerahan tenaga yang menyeluruh daripada pemerintah ataupun pengisytiharan perang seperti ketika negara Islam diserang musuh, maka jihad menjadi fardhu ‘ain ke atas setiap orang Muslim yang berupaya, sepertimana firman Allah Taala yang bermaksud:
“Pergilah kamu beramai-ramai sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat…” [xxi]

Dalam keadaan ini, seorang isteri yang tidak mendapat izin suaminya atau seorang anak yang tidak mendapat kebenaran ibu bapanya boleh keluar berjuang dan berperang, kerana hukum jihad ketika ini adalah wajib ke atas setiap orang Islam, dan tidak akan gugur walaupun sebahagian daripada mereka telah melakukannya, seperti ibadah solat dan sebagainya. (Wahbah al-Zuhaiy,1997 jil.6: 453)
Sehubungan ini, ada tiga jenis keadaan jihad sepertimana yang dirumuskan oleh para ulama’: (Wahbah al-Zuhayli,1997 jil.6: 454-455)
1) Ketika bertemu dan bertembung dengan tentera musuh di medan perang.
-Dalam keadaan ini, mujahid mestilah bertahan dan diharamkan melarikan diri dari medan pertempuran, berdasarkan firman Allah Taala: [xxii]
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertembung dengan pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatlah Allah s.w.t. banyak-banyak…”
2) Apabila orang-orang kafir menyerang sesebuah negara Islam.
-Ketika situasi ini, penduduk-penduduk negeri tersebut mestilah memerangi musuh dan menghalau mereka.
3) Apabila ketua negara atau pemerintah mengisytiharkan ‘kerahan tenaga’ bagi memerangi sesuatu kaum, mereka hendaklah turun ke medan perang untuk bertempur bersamanya.Allah taala berfirman: [xxiii]
“Wahai orang-orang yang beriman! Adakah patut bagi kamu, apabila dikatakan kepada kamu, ‘Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah Taala’, kamu berasa keberatan di tempat duduk masing-masing?”
6. BENTUK-BENTUK DAN DIMENSI JIHAD

Secara ringkasnya, jihad adalah satu konsep yang amat luas dan mengandungi pelbagai dimensi dan bentuk. Menerusi ayat-ayat al-Qur’an dan hadith Rasulullah s.a.w., konsep jihad boleh dikategorikan kepada 4 dimensi (Ergun Kapan et al.,2004: 39):
1. Dimensi pertahanan (defensif)
-Dalam konteks ini, jihad dikaitkan dengan peperangan, pertempuran untuk mempertahankan agama Islam dn Muslimin.

2. Dimensi psikologi
-Dalam konteks ini, para Sufi mengaitkan mujahadah dengan istilah jihad bagi menzahirkan dimensi spiritual dan psikologi dalam konsep jihad.
-Terdapat 3 kategori mujahadah: mujahadah melahan hawa nafsu, mujahadah melawan hasutan Syaitan dan mujahadah melawan musuh.
3. Dimensi intelektual
-Jihad dalam aspek ini digambarkan menerusi istilah ijtihad dan tafakkur (contemplation).
4. Dimensi sosial
-Ia bermaksud melawan kezaliman dan ketidakadilan yang melibatkan komuniti atau ummat Islam serta berusaha membantu mempertingkat kehidupan Muslimin. Ia juga melibatkan jihad ekonomi.

7. ISU-ISU DAN SALAHFAHAM BERKAITAN JIHAD

7.1 Jihad Bukan Paksaan Untuk Menganut Agama Islam

Di dalam sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. tidak pernah memerangi kaum musyrikin dan golongan yang tidak beriman kepada Allah s.w.t dengan niat atau misi untuk memaksa mereka menganut agama Islam. Jihad yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin adalah bertujuan untuk menyampaikan syiar Allah, memperluaskan dakwah Islam dan menegakkan hukum Allah, tetapi bukan bertujuan untuk memaksa mereka memeluk Islam. Tujuan jihad hanyalah supaya mereka patuh dan tunduk kepada kerajaan dan pimpinan Islam, serta dapat menerima kaum Muslimin dan memberi laluan kepada dakwah Islam untuk berkembang. Mereka yang tidak memerangi orang-orang Islam, serta tidak menghalang dakwah Islam dijalankan di negeri atau kawasan mereka tidak akan diperangi, selagi mana mereka mengiktiraf kerajaan Islam, patuh kepadanya dan membenarkan dakwah Islam dijalankan secara bebas dan aman.
Buktinya, Rasulullah s.a.w. memerangi musyrikin Makkah kerana penganiyaan, penghinaan dan kezaliman yang telah mereka lakukan terhadap kaum Muslimin, samada semasa di Makkah mahupun selepas Hijrah ke Madinah (Ergun Kapan et al., 2004:22). Bagi kes masyarakat Yahudi dan Nasrani pula, Rasulullah s.a.w. telah menggunakan pendekatan yang aman dan tidak agresif ketika berinteraksi dengan mereka sejak awal lagi. Baginda telah memeterai perjanjian damai dengan mereka, supaya masyarakat Islam dan kedua-dua kaum tersebut dapat hidup bersama dengan aman dan damai. Menerusi Piagam Madinah (perlembagaan bertulis yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w.) pula, hak dan kebebasan untuk beragama bagi kaum Yahudi dan Nasrani tidak dikongkong atau disekat. Namun, Allah memerintahkan ummat Islam memerangi mereka disebabkan ketidaksetiaan mereka terhadap perjanjian damai yang telah dimeterai, serta sikap mereka yang berpaling tadah dan bersekutu dengan musuh-musuh Islam. Sebaliknya, negeri-negeri yang tidak memusuhi Islam serta tidak menyekat dakwah Islam tidak diperangi oleh Rasulullah s.a.w. Manakala bagi negeri dan masyarakat yang terlibat dengan peperangan, mereka juga tidak dipaksa untuk menganut agama Islam. Mereka diberi alternatif untuk membayar jizyah.
Kesimpulannya, jihad dan peperangan bukanlah satu alat untuk menyebarkan agama Islam dengan memaksa manusia menganut agama Islam. Hakikat ini juga menafikan tuduhan dan salahfaham masyarakat dunia hari ini bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang atau peperangan. Seorang pakar sejarah Barat bernama De Lacy O’Leary di dalam bukunya bertajuk “Islam at the Cross Road” ada menyebut (Zakir Abdul Karim, 2002: 13) :
“History makes it clear, however, that the legend of the fanatical Muslims sweeping through the world and forcing Islam at the point of the sword upon conquered races is one of the most fantastically absurd myth that historians have ever repeated”.

7.2. Jihad melawan hawa nafsu vs jihad berperang (fi sabilillah)
Salah satu kekeliruan tentang konsep jihad yang sering diperbincangkan dan semakin diperkatakan oleh masyarakat Islam dewasa ini ialah salahfaham bahawa jihad yang dimaksudkan dalam Islam tidak membawa maksud peperangan. Malah, ada segelintir sarjana dan pemikir yang cuba menafikan peperangan sebagai salah satu bentuk jihad. Malahan, jihad melawan hawa nafsu itu dikatakan lebih baik dan lebih utama dari berperang di medan peperangan. Biarpun konsep jihad mengandungi pengertian yang luas dan dapat dimanifestasikan menerusi pelbagai bentuk, namun satu fakta yang jelas ialah jihad tidak dapat dipisahkan dari maksud peperangan.
Kekeliruan ini sebenarnya berpunca daripada para Orientalis yang ingin menghapuskan semangat jihad di kalangan ummat Islam, kerana mereka sedar akan kekuatan semangat jihad dan signifikannya dalam penyebaran dan pengukuhan agama Islam. Ini terbukti melalui kajian yang mereka lakukan sebagai postmoterm Perang Salib dan juga kajian tentang sejarah zaman kegemilangan Islam, di mana mereka dapati bahawa faktor pendorong kejayaan ummat Islam adalah semangat jihad. Puak ini dengan aktifnya cuba mengelirukan ummat Islam sendiri dan juga cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam tentang konsep jihad.
Golongan yang berpendapat sedemikian berpegang pada sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang menyifatkan jihad berperang sebagai jihad kecil dan jihad melawan hawa nafsu sebagai jihad yang lebih besar atau utama. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Kami telah pulang dari jihad yang kecil untuk jihad yang lebih besar”. Lalu para sahabat bertanya: “Apakah dia jihad yang besar?” Rasulullah menjawab: “Jihad melawan hawa nafsu”. [xxiv]
Hadith di atas membawa konotasi secara umum bahawa istilah jihad bukan sahaja bermaksud berperang dengan musuh di medan perang, akan tetapi ia juga membawa maksud peperangan seseorang individu dengan hawa nafsunya sendiri. Ia juga menggambarkan bahawa berjihad melawan hawa nafsu merupakan suatu amalan yang lebih besar dan utama dari berperang pada jalan Allah. Jika hadith ini ternyata sahih (autentik) ini bermakna jihad dalam erti kata perang adalah tidak begitu penting berbanding dengan jihad melawan hawa nafsu. Oleh itu, ummat Islam tidak perlu ke medan perang, kerana memadai bagi mereka melawan hawa nafsu untuk mendapatkan pahala dan ganjaran yang lebih besar.
.
Pada dasarnya, kekeliruan ini timbul disebabkan oleh beberapa sebab. Antaranya ialah:
1) Pertama, kedangkalan ilmu tentang keaslian, kebenaran dan authenticity hadith tersebut dan sejauhmana kekuatannya untuk dijadikan dalil dan hujah.
2) Kedua, kurang penguasaan Bahasa Arab serta tidak dapat memahami makna sebenar sesuatu hadith.
3) Ketiga, kesan dari distortasi makna sebenar hadith serta propaganda Barat dan para Orientalis dan musuh-musuh Islam di dalam penulisan mereka.
Para ulama’ yang mengkaji kebenaran serta keaslian hadith ini merumuskan bahawa hadith ini sebenarnya tidak dapat dipastikan kebenarannya. Imam al-Iraqi mengatakan isnad (susur galur perawi yang meriwayatkan hadith) hadith ini dha’if atau lemah. Maksudnya, dari segi keasliannya dan kebenarannya, hadith ini tidak cukup kuat untuk dijadikan hujah. Ibn Hajar pula mengatakan hadith ini diriwayatkan oleh Ibrahim bin Ablah, salah seorang yang tidak boleh dipercayai periwayatannya. (Muhammad Khayr Haikal,1996, jil. 1: 46).
Walaubagaimanapun, seandainya hadith ini sahih dan penilaian ulama hadith ternyata silap, hadith ini perlu diberi penjelasan dan dilihat dari sudut bahasa dan makna. Jihad melawan nafsu dikatakan lebih “besar” dari jihad peperangan kerana secara logik, sebelum seseorang membuat keputusan untuk berjihad dan berperang di jalan Allah, dia perlu “berperang” dengan dirinya sendiri terlebih dahulu serta berperang dengan hawa nafsunya, agar dia memperoleh kekuatan untuk berjuang serta semangat untuk berkorban di jalan Allah. Dengan kata lain, individu tersebut perlu berjihad menentang sifat penakut, sifat malas dan tidak rela menghadapi kesusahan dan maut serta perasaan cintakan kehidupan dan kesenangan. Tambahan lagi, jihad melawan hawa nafsu merupakan prasayarat untuk seseorang keluar berjihad dan berperang di jalan Allah.
Oleh itu, demi menggambarkan kepentingan jihad tersebut, Rasulullah s.a.w. secara kiasan (metafora) telah menyebutnya sebagai jihad yang “lebih besar”. Kesimpulannya, frasa “lebih besar” sepertimana yang terdapat dalam hadith tersebut hanyalah kiasan dan bukanlah memberi makna secara zahir atau literal. Sebagai perbandingan untuk apa yang kita bincangkan, kita ambil contoh solat dan wuduk. Tidak dinafikan, solat ternyata lebih utama dari wudhuk. Tetapi sebelum mengerjakan solat, seseorang wajib mengerjakan prasayarat solat terlebih dahulu, iaitu mengambil wudhuk. Ini tidak bermakna wudhuk lebih utama atau lebih besar signifikannya daripada solat.

7.3 Salahfaham Orientalis terhadap Jihad

Kebanyakan para orientalis seperti T.W. Arnold dan sebagainya melihat jihad dari perspektif negatif dan salah. Ini disebabkan mereka mengkaji Islam dari perspektif yang berbeza, iaitu dari kacamata seorang yang berlatarbelakangkan pemikiran sekular, etheis, Kristian atau Yahudi. Ataupun mereka melihat serta mendekati Islam dengan membawa sekali kebencian dan agenda yang tersembunyi disebalik kajian yang dibuat. Hasilnya kajian mereka selalunya tidak objektif, bias, destruktif, meragukan dan mengelirukan.
Dalam masalah jihad, orientalis cenderung menggambarkan bahawa jihad dalam Islam merupakan satu bentuk keganasan pada zaman silam yang tidak relevan pada zaman sekarang. Ada juga yang menyamakan jihad dengan holy war. Dengan memutarbelitkan serta memalsukan beberapa fakta dalam sejarah Islam, mereka cuba melihat jihad dari aspek yang negatif. Imej jihad yang kejam, ganas dan keras seperti digambarkan oleh sarjana Orientalis di atas menyebabkan sebahagian orang Islam bersikap apologetik. Justeru, segolongan modenis Islam yang berpegang kepada nilai-nilai tamadun Barat yang moden melihat konsep jihad perlu diterjemahkan dan ditafsirkan semula dengan konsep yang tidak ganas dan keras. Ini seterusnya membawa kepada pentafsiran semula konsep jihad agar kelihatan lebih ‘sesuai’ dan boleh diterima oleh semua golongan.
Perkara dan hakikat utama yang tidak diambilkira oleh para Orientalis dalam memahami konsep jihad dalam Islam adalah bahawa jihad bukan tujuan akan tetapi alat untuk berdakwah yang digunakan dengan melihat keperluan semasa. Terdapat tujuan yang mulia yang diinginkan daripada jihad. Dan tujuan mulia ini diperkuatkan lagi dengan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi dalam melaksanakan jihad. Dalam Islam tujuan dan matlamat tidak menghalalkan cara. Cara yang baik sangat penting agar satu amalan diterima disisi Allah s.w.t.
Ketika dunia dikejutkan dengan aksi-aksi terorisme, terutamanya selepas insiden 11 September di New York, Amerika Syarikat, konsep jihad adalah di antara perkara berbangkit yang menjadi perhatian Barat. Di kalangan masyarakat Barat khususnya, jihad seringkali disalahfahami sebagai satu bentuk keganasan yang wujud dalam ajaran Islam. Ironinya, aksi-aksi terorisme hanya dikaitkan dengan ummat Islam. Sedangkan keganasan yang dilakukan oleh masyarakat dunia yang lain tidak menjadi isu yang besar, malahan tidak dipedulikan. Sebagai menyebut beberapa contoh yang nyata, keganasan bangsa Yahudi di Palestin, masyarakat beragama Hindu di India, bangsa Serb Kristian terhadap kaum Bosnia dan Kosovo dan negara-negara lain tidak dilihat dan tidak dikategorikan sebagai aksi keganasan oleh kuasa-kuasa besar dunia. Sebaliknya jihad, penentangan serta kebangkitan (resurgence) rakyat Palestin yang mempertahankan tanah air dan kampung halaman mereka daripada pencerobohan dan penaklukan Israel serta keganasannya dianggap sebagai satu keganasan di mata masyarakat dunia.
Menyelusuri sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat mempunyai tanggungjawab menyebarkan mesej Islam kepada seluruh manusia dan mereka terpaksa menghadapi tentangan daripada penguasa-penguasa yang kejam dan ganas. Oleh kerana dakwah menghadapi tentangan yang hebat maka jihad adalah satu usaha yang mesti dilakukan untuk mengimbangi keganasan dan kezaliman penguasa-penguasa tersebut. Tanpa jihad ummat Islam pada masa itu dikhuatiri tidak dapat mengekalkan kewujudan mereka, dan yang lebih penting lagi untuk mempertahankan keimanan dan memastikan Islam tetap tegak dengan gagah berani.
Melihat kepada situasi ketika kemunculan Islam pada masa dahulu, kita perlu mempertimbangkan bahawa terdapat konspirasi dan usaha musuh-musuh Islam untuk memastikan agama baru itu tidak tersebar luas, kerana bagi mereka kemunculan agama baru itu dapat mengancam hegemony dan kedudukan mereka sebagai penguasa yang despotik. Oleh kerana Islam membawa mesej rahmat ke seluruh alam, membela kaum yang lemah, mempertahankan hak-hak asasi manusia, menyeru kepada keadilan dan persamaan, maka imej yang baik ini lebih meyakinkan dan dapat menarik banyak kalangan masyarakat. Kebenaran yang dibawa oleh Islam memberi keyakinan kepada pengikutnya untuk memperjuangkannya dengan apa cara sekalipun. Ummat Islam percaya adalah merupakan satu tangggungjawab mereka untuk menyampaikan kebenaran tersebut kepada setiap insan tidak kira dimana mereka berada.
Seandainya pada masa sekarang, perkara-perkara yang menyebabkan keperluan jihad tidak timbul dengan adanya kebebasan bersuara, beragama, kebebasan mendapatkan informasi yang benar, kebebasan menyampaikan dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar dan sebagainya, maka tidak timbul keperluan jihad dalam erti kata perang pada zaman sekarang, kerana jihad hanyalah satu alat untuk berdakwah dan menegakkan Islam. Demikian juga jika tiada penindasan, kezaliman dan penganiyaan dilakukan terhadap ummat Islam, ataupun jika ummat Islam mempunyai cara dan alternatif yang boleh digunakan secara damai maka jihad juga bukanlah satu keperluan. Jihad menjadi wajib dilakukan apabila sesuatu perkara yang wajib dan lebih penting daripada itu tidak dapat ditegakkan atau dilakukan tanpanya. Ini sesuai dengan kaedah fiqh ‘sesuatu perkara wajib yang tidak dapat disempurnakan tanpanya, maka ia menjadi wajib’.
Terlepas daripada isu terorisme dan keganasan, jihad pada dasarnya amat berbeza dan amat asing dengan kedua istilah tersebut. Ini kerana jihad adalah satu bentuk amal ibadah, dan amal ibadah tidak mungkin mempunyai ciri-ciri keganasan. Untuk berjihad seseorang perlu menjaga adab dan peraturan yang digariskan bagi seseorang mujahid, serta tidak boleh melanggar etika berperang yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasulullah s.a.w. Sebarang pelanggaran terhadap adab dan peraturan ini akan mengakibatkan amalan jihad tersebut tidak diterima oleh Allah s.w.t, disamping ketiadaan pertolongan dari Allah.
Dari penjelasan di atas dapat dilihat bahawa Islam tidak mensyari’atkan sesuatu kecuali ianya adalah untuk kebaikan dan kepentingan manusia. Jihad disyari’atkan dalam Islam supaya dalam keadaan tertentu di mana diperlukan ada cara dan kaedah yang telah dibenarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah saw. Perang yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w. tidak mengandungi unsur- unsur keganasan, tidak melampaui batas dan juga mempunyai etika dan peraturan yang berperikemanusiaan. Ini dapat dibuktikan dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“ Maralah dengan nama Allah Taala dan kerana Allah dan demi agama Rasulullah! Janganlah kamu membunuh orang yang sangat tua, atau anak kecil, atau wanita, dan janganlah melampaui batas. Kumpullah harta rampasan perang dan berbuat baiklah (ihsan). Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik,"
7.4 Terorisme dan Serangan Berani Mati
Terorisme, dalam apa jua bentuk dan jenis adalah satu jenayah terhadap kemanusiaan. Justeru, terorisme dan agama adalah dua istilah yang tidak sesekali boleh digabungkan atau diselaraskan, kerana intipati dan konsepsi kedua-duanya adalah jauh berbeza. Malah, kesemua agama menentang keganasan. Terorisme adalah suatu jenayah yang melibatkan pelbagai pihak. Seorang teroris bukan hanya bersalah terhadap individu yang menjadi mangsa tindakan dan keganasannya, bahkan juga bersalah terhadap Tuhan, masyarakat dan spesies manusia secara keseluruhan (Ergun Capan et.al., 2004: 37). Oleh yang demikian, terorisme bukanlah suatu yang dibenarkan oleh Islam. Bahkan, ia bertentangan dengan misi kerasulan Nabi Muhammad serta agama Islam sendiri, iaitu membawa rahmat dan keamanan untuk seluruh alam.
Tindakan-tindakan yang mempunyai elemen keganasan yang dikaitkan dengan ummat Islam sebenarnya adalah hasil salahfaham dan salahtafsir terhadap ajaran Islam. Walau apa pun alasan yang didakwa oleh pengganas untuk menjustifikasi tindakan mereka seperti menentang modernisasi, mencari peluang untuk berekspresi atau didengari serta menzahirkan ketidakpuasan hati, Islam melarang sebarang wadah keganasan. Ini termasuklah melakukan serangan bom berani mati (suicide bombing), merampas kapalterbang, penculikan orang awam, menyerang kepentingan awam dan masyarakat umum. Al-Qur’an melarang pembunuhan dan mengambil nyawa manusia lain sewenang-wenangnya. Islam juga melarang membunuh rakyat awam bagi membalas dendam terhadap pihak lain, kerana setiap manusia hanya bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukannya.

“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan sesuatu sebab yang benar” (Surah al-An’am: 151)
Kekeliruan tentang jihad dan ketakutan masyarakat bukan Islam terhadapnya bertambah apabila para pengganas menjadikan jihad sebagai alasan dan justifikasi terhadap tindakan mereka. Hakikatnya, jihad tidak boleh dijadikan alat untuk mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah atau untuk mencapai hajat dan kehendak. Jihad adalah satu konsep yang murni dan unik, bagi mempertahankan diri ummat Islam, bukannya untuk permusuhan atau menyerang. Ayat 11-12 surah al-Baqarah menjelaskan:
“Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar”.
Terdapat etika dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam ketika berjihad yang perlu dipatuhi oleh mujahid sebenar. Antaranya ialah menghormati mayat musuh, tidak melakukan penyeksaan atau penderaan terhadap musuh, tidak menyerang rakyat umum (bukan askar) dan orang yang tidak bersalah, memberi bantuan kemanusiaan kepada musuh, melayani musuh dengan belas kasihan dan sebagainya (Ergun Capan et.al., 2004: 23-31). Oleh itu, seorang mujahid yang sebenar dan ikhlas tidak akan melakukan keganasan dalam apa bentuk sekalipun. Seorang mujahid yang berjuang demi kebenaran akan sentiasa menjadikan al-Qur‘an dan Sunnah sebagai pedoman dalam membuat tindakan dan mengambil keputusan dalam menghadapi konflik dan krisis.
Majoriti ulama’ Islam kontemporari juga tidak bersetuju dengan perbuatan serangan berani mati serta menyelar pelakunya. Mereka termasuklah Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Hamzah Yusuf Hanson, Shaykh Ba’lawi, Imam Zaid Syakir, Mufti Taqiuddin Uthmani dan ramai lagi. (www.islam-online.net)

Kesimpulan
Tanggapan yang mengatakan bahawa jihad dapat menyelesaikan segala apa yang berlaku pada ummat Islam masakini adalah satu kesilapan dan paradigma yang tidak tepat. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur’an, Islam menyeru serta membawa ummat manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya Ilahi.
Islam menawarkan solusi dan perubahan ke arah kehidupan yang jauh lebih baik dan bahagia. Perubahan hanya akan berlaku secara semulajadi dan bukan dengan paksaan. Islam tidak pernah menggalakkan pemaksaan terhadap idea-idea yang dilontarkan. Islam adalah agama perdamaian, agama yang memasuki relung-relung hati ummat manusia melalui hujah dan kebijaksanaan. Islam memperjuangkan kebenaran, keadilan dan persamaan, hanya manusia-manusia yang angkuh dan jahil yang tidak dapat menghargai perjuangan Islam. Penjelasan dan dakwah secara menyeluruh kepada setiap individu masyarakat perlu menjadi fokus utama perjuangan ummat Islam.
Ummat Islam perlu melihat ajaran Islam daripada ‘dalam’ dan bukan dari perspektif luar, terutamanya dari pandangan dan kacamata Barat. Adalah wajar masyarakat Barat salah faham tentang konsep jihad kerana kerangka pemikiran mereka jauh berbeza dengan Ummat Islam. Keengganan sesetengah orientalis Barat untuk melihat sisi positif Islam adalah kerana adanya unsur-unsur permusuhan dan kebencian dalam diri mereka. Sebaliknya ummat Islam perlu menghayati dan memahami segala ajaran Islam dengan baik supaya tidak mudah terpengaruh dengan cara berfikir Barat yang sudah membudaya, hasil daripada proses globalisasi. Tanpa penghayatan dan pemahaman yang mendalam terhadap ajaran Islam, ummat Islam akan berada dalam keadaan keliru dan kehilangan identiti keIslaman mereka.
Kesimpulannya, jihad bukanlah merupakan satu konsep yang kabur dan mengelirukan. Ia juga bukan manifestasi unsur keganasan di dalam Islam atau kaum Muslimin. Ia juga bukan satu taboo bagi masyarakat Barat mahupun masyarakat Islam sendiri, jika difahami dengan betul dan dihayati dari perspektif yang positif.

Nota Hujung

[ii] Sahih Bukhari, Fathul Bari, Hadith 1267. Terjemahan Hadith Shahih Bukhari, jil. 3, p 100.

Sahih Bukhari, Fathul Bari, Hadith 1267. Terjemahan Hadith Shahih Bukhari, jil. 3, p 100.Sahih Bukhari, Fathul Bari, Hadith 1267. Terjemahan Hadith Shahih Bukhari, jil. 3, p 100.Sahih Bukhari, Fathul Bari, Hadith 1267. Terjemahan Hadith Shahih Bukhari, jil. 3, p 100.
[iii] Hadith 1268, Terjemahan Hadith Sahih Bukhari, jil. 3, p. 100.

[iv] Mereka termasuklah Ibn Abbas, Mujahid,al-Dhahak dan lain-lain lagi.

[v] Surah al-Hajj, ayat 39-40.

[vi] Al-Qura’an dan terjemahannya, p. 52.

[vii] Al-Qur’an dan terjemahannya, p. 46.

[viii] Allah berfirman yang bermaskud: “Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), iaitu orang-orang yang diberikan al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk”. Al-Taubah, ayat 29.

[ix] Ahli Kitab adalah mereka yang beriman dengan Nabi Musa dan Isa a.s. tetapi tidak beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka adalah kaum Yahudi dan Nasrani atau Kristian.

[x] Kalimah syahadah (testimony of faith ) adalah “La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah” yang bermaksud tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Pesuruh Allah. Ia merupakan asas dan rukun iman yang utama.

[xi] Jizyah merupakan sejenis cukai atau levi yang dikenakan ke atas orang-orang bukan Islam yang berada, tinggal atau menetap di bawah perlindungan atau naungan kerajaan Islam. Ia sebagai imbalan kepada jaminan keamanan dan perlindungan terhadap diri mereka.

[xii] Surah-surah madaniyyah ialah surah yang diturunkan selepas Hijrah.

[xiii] Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi dan al-Nisa’i.

[xiv] Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

[xv] Sahih Bukhari, Fathul Bari, 6/6 (2787). Hadith 1267. Terjemahan Hadith Shahih Bukhari, jil. 3, p 100.

[xvi] Hadith Muslim, 1834. Terjemahan Hadith Bukhari, jil. 4, p 35.

[xvii] Hadith Muslim, 1839. Terjemahan Hadith Bukhari, jil. 4, p 38.

[xviii] Hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaqi.

[xix] Surah al-Isra’, ayat 15.

[xx] Surah al-nisa’, ayat 95.

[xxi] Surah al-Taubah, ayat 41.

[xxii] Surah al-Anfal, ayat 45.

[xxiii] Surah al-Taubah, ayat 38.

[xxiv] Di dalam riwayat yang lain, Rasulullah menjawab “Jihad hati”.

Rujukan

Al-Zuhayli, Wahbah. Fiqh dan Perundangan Islam. Trans. Dr. Ahmad Shahbari Salamon. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur: 1997

Tafsir Pimpinan al-Rahman. Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur: 1982.

Haikal, Muhammad Khayr. Al-Jihad wa al-Qital fi al-Siyasah al-Syar’iyyah. Vol. 1.Dar al-Bayariq, Beirut: 1996.

Al-Imam al-Bukhari. Terjemahan Hadith Sahih Bukhari. Darel Fajar, Singapore: 2002.

Humaid, Sheikh Abdullah Muhammad. Jihad in the Qur'an and Sunnah.Dar al-Salam, Riyadh: 1995.

Peters, Rudolph. Jihad In Classical and Modern Islam. Markus Wiener Publishers, USA: 1996.

Capan, Ergun et.al. Terror and suicide Attacks: an Inslamic Perspective. The Light Inc., New Jersey: 2004.

A.G. Noorani. Islam and Jihad: Prejudice versus Reality. Zed Books Ltd, London: 2002.

www.islam-online.net

www.submission.org
Nota Hujung

[1] Tafsir al-Qur’an Pimpinan al-Rahman, ms 213-214.

[1] Sahih Bukhari, Fathul Bari, Hadith 1267. Terjemahan Hadith Shahih Bukhari, jil. 3, p 100.

[1] Hadith 1268, Terjemahan Hadith Sahih Bukhari, jil. 3, p. 100.

[1] Mereka termasuklah Ibn Abbas, Mujahid,al-Dhahak dan lain-lain lagi.

[1] Surah al-Hajj, ayat 39-40.

[1] Al-Qura’an dan terjemahannya, p. 52.

[1] Al-Qur’an dan terjemahannya, p. 46.

[1] Allah berfirman yang bermaskud: “Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), iaitu orang-orang yang diberikan al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk”. Al-Taubah, ayat 29.

[1] Ahli Kitab adalah mereka yang beriman dengan Nabi Musa dan Isa a.s. tetapi tidak beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka adalah kaum Yahudi dan Nasrani atau Kristian.

[1] Kalimah syahadah (testimony of faith ) adalah “La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah” yang bermaksud tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Pesuruh Allah. Ia merupakan asas dan rukun iman yang utama.

[1] Jizyah merupakan sejenis cukai atau levi yang dikenakan ke atas orang-orang bukan Islam yang berada, tinggal atau menetap di bawah perlindungan atau naungan kerajaan Islam. Ia sebagai imbalan kepada jaminan keamanan dan perlindungan terhadap diri mereka.

[1] Surah-surah madaniyyah ialah surah yang diturunkan selepas Hijrah.

[1] Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi dan al-Nisa’i.

[1] Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

[1] Sahih Bukhari, Fathul Bari, 6/6 (2787). Hadith 1267. Terjemahan Hadith Shahih Bukhari, jil. 3, p 100.

[1] Hadith Muslim, 1834. Terjemahan Hadith Bukhari, jil. 4, p 35.

[1] Hadith Muslim, 1839. Terjemahan Hadith Bukhari, jil. 4, p 38.

[1] Hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaqi.

[1] Surah al-Isra’, ayat 15.

[1] Surah al-nisa’, ayat 95.

[1] Surah al-Taubah, ayat 41.

[1] Surah al-Anfal, ayat 45.

[1] Surah al-Taubah, ayat 38.

[1] Di dalam riwayat yang lain, Rasulullah menjawab “Jihad hati”.

Rujukan

Al-Zuhayli, Wahbah. Fiqh dan Perundangan Islam. Trans. Dr. Ahmad Shahbari Salamon. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur: 1997

Tafsir Pimpinan al-Rahman. Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur: 1982.

Haikal, Muhammad Khayr. Al-Jihad wa al-Qital fi al-Siyasah al-Syar’iyyah. Vol. 1.Dar al-Bayariq, Beirut: 1996.

Al-Imam al-Bukhari. Terjemahan Hadith Sahih Bukhari. Darel Fajar, Singapore: 2002.

Humaid, Sheikh Abdullah Muhammad. Jihad in the Qur'an and Sunnah.Dar al-Salam, Riyadh: 1995.

Peters, Rudolph. Jihad In Classical and Modern Islam. Markus Wiener Publishers, USA: 1996.

Capan, Ergun et.al. Terror and suicide Attacks: an Inslamic Perspective. The Light Inc., New Jersey: 2004.

A.G. Noorani. Islam and Jihad: Prejudice versus Reality. Zed Books Ltd, London: 2002.

Kebanyakan para orientalis seperti T.W. Arnold dan sebagainya melihat jihad dari perspektif negatif dan salah. Ini disebabkan mereka mengkaji Islam dari perspektif yang berbeza, iaitu dari kacamata seorang yang berlatarbelakangkan pemikiran sekular, etheis, Kristian atau Yahudi. Ataupun mereka melihat serta mendekati Islam dengan membawa sekali kebencian dan agenda yang tersembunyi disebalik kajian yang dibuat. Hasilnya kajian mereka selalunya tidak objektif, bias, destruktif, meragukan dan mengelirukan.Dalam masalah jihad, orientalis cenderung menggambarkan bahawa jihad dalam Islam merupakan satu bentuk keganasan pada zaman silam yang tidak relevan pada zaman sekarang. Ada juga yang menyamakan jihad dengan . Dengan memutarbelitkan serta memalsukan beberapa fakta dalam sejarah Islam, mereka cuba melihat jihad dari aspek yang negatif. Imej jihad yang kejam, ganas dan keras seperti digambarkan oleh sarjana Orientalis di atas menyebabkan sebahagian orang Islam bersikap apologetik. Justeru, segolongan modenis Islam yang berpegang kepada nilai-nilai tamadun Barat yang moden melihat konsep jihad perlu diterjemahkan dan ditafsirkan semula dengan konsep yang tidak ganas dan keras. Ini seterusnya membawa kepada pentafsiran semula konsep jihad agar kelihatan lebih ‘sesuai’ dan boleh diterima oleh semua golongan.Perkara dan hakikat utama yang tidak diambilkira oleh para Orientalis dalam memahami konsep jihad dalam Islam adalah bahawa jihad bukan tujuan akan tetapi alat untuk berdakwah yang digunakan dengan melihat keperluan semasa. Terdapat tujuan yang mulia yang diinginkan daripada jihad. Dan tujuan mulia ini diperkuatkan lagi dengan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi dalam melaksanakan jihad. Dalam Islam tujuan dan matlamat tidak menghalalkan cara. Cara yang baik sangat penting agar satu amalan diterima disisi Allah s.w.t. Ketika dunia dikejutkan dengan aksi-aksi terorisme, terutamanya selepas insiden 11 September di New York, Amerika Syarikat, konsep jihad adalah di antara perkara berbangkit yang menjadi perhatian Barat. Di kalangan masyarakat Barat khususnya, jihad seringkali disalahfahami sebagai satu bentuk keganasan yang wujud dalam ajaran Islam. Ironinya, aksi-aksi terorisme hanya dikaitkan dengan ummat Islam. Sedangkan keganasan yang dilakukan oleh masyarakat dunia yang lain tidak menjadi isu yang besar, malahan tidak dipedulikan. Sebagai menyebut beberapa contoh yang nyata, keganasan bangsa Yahudi di Palestin, masyarakat beragama Hindu di India, bangsa Serb Kristian terhadap kaum Bosnia dan Kosovo dan negara-negara lain tidak dilihat dan tidak dikategorikan sebagai aksi keganasan oleh kuasa-kuasa besar dunia. Sebaliknya jihad, penentangan serta kebangkitan () rakyat Palestin yang mempertahankan tanah air dan kampung halaman mereka daripada pencerobohan dan penaklukan Israel serta keganasannya dianggap sebagai satu keganasan di mata masyarakat dunia. Menyelusuri sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat mempunyai tanggungjawab menyebarkan mesej Islam kepada seluruh manusia dan mereka terpaksa menghadapi tentangan daripada penguasa-penguasa yang kejam dan ganas. Oleh kerana dakwah menghadapi tentangan yang hebat maka jihad adalah satu usaha yang mesti dilakukan untuk mengimbangi keganasan dan kezaliman penguasa-penguasa tersebut. Tanpa jihad ummat Islam pada masa itu dikhuatiri tidak dapat mengekalkan kewujudan mereka, dan yang lebih penting lagi untuk mempertahankan keimanan dan memastikan Islam tetap tegak dengan gagah berani.Melihat kepada situasi ketika kemunculan Islam pada masa dahulu, kita perlu mempertimbangkan bahawa terdapat konspirasi dan usaha musuh-musuh Islam untuk memastikan agama baru itu tidak tersebar luas, kerana bagi mereka kemunculan agama baru itu dapat mengancam dan kedudukan mereka sebagai penguasa yang despotik. Oleh kerana Islam membawa mesej rahmat ke seluruh alam, membela kaum yang lemah, mempertahankan hak-hak asasi manusia, menyeru kepada keadilan dan persamaan, maka imej yang baik ini lebih meyakinkan dan dapat menarik banyak kalangan masyarakat. Kebenaran yang dibawa oleh Islam memberi keyakinan kepada pengikutnya untuk memperjuangkannya dengan apa cara sekalipun. Ummat Islam percaya adalah merupakan satu tangggungjawab mereka untuk menyampaikan kebenaran tersebut kepada setiap insan tidak kira dimana mereka berada.Seandainya pada masa sekarang, perkara-perkara yang menyebabkan keperluan jihad tidak timbul dengan adanya kebebasan bersuara, beragama, kebebasan mendapatkan informasi yang benar, kebebasan menyampaikan dakwah dan dan sebagainya, maka tidak timbul keperluan jihad dalam erti kata perang pada zaman sekarang, kerana jihad hanyalah satu alat untuk berdakwah dan menegakkan Islam. Demikian juga jika tiada penindasan, kezaliman dan penganiyaan dilakukan terhadap ummat Islam, ataupun jika ummat Islam mempunyai cara dan alternatif yang boleh digunakan secara damai maka jihad juga bukanlah satu keperluan. Jihad menjadi wajib dilakukan apabila sesuatu perkara yang wajib dan lebih penting daripada itu tidak dapat ditegakkan atau dilakukan tanpanya. Ini sesuai dengan kaedah fiqh ‘sesuatu perkara wajib yang tidak dapat disempurnakan tanpanya, maka ia menjadi wajib’. Terlepas daripada isu terorisme dan keganasan, jihad pada dasarnya amat berbeza dan amat asing dengan kedua istilah tersebut. Ini kerana jihad adalah satu bentuk amal ibadah, dan amal ibadah tidak mungkin mempunyai ciri-ciri keganasan. Untuk berjihad seseorang perlu menjaga adab dan peraturan yang digariskan bagi seseorang mujahid, serta tidak boleh melanggar etika berperang yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasulullah s.a.w. Sebarang pelanggaran terhadap adab dan peraturan ini akan mengakibatkan amalan jihad tersebut tidak diterima oleh Allah s.w.t, disamping ketiadaan pertolongan dari Allah. Dari penjelasan di atas dapat dilihat bahawa Islam tidak mensyari’atkan sesuatu kecuali ianya adalah untuk kebaikan dan kepentingan manusia. Jihad disyari’atkan dalam Islam supaya dalam keadaan tertentu di mana diperlukan ada cara dan kaedah yang telah dibenarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah saw. Perang yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w. tidak mengandungi unsur- unsur keganasan, tidak melampaui batas dan juga mempunyai etika dan peraturan yang berperikemanusiaan. Ini dapat dibuktikan dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Maralah dengan nama Allah Taala dan kerana Allah dan demi agama Rasulullah! Janganlah kamu membunuh orang yang sangat tua, atau anak kecil, atau wanita, dan janganlah melampaui batas. Kumpullah harta rampasan perang dan berbuat baiklah (). Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik," 7.4 Terorisme dan Serangan Berani Mati Terorisme, dalam apa jua bentuk dan jenis adalah satu jenayah terhadap kemanusiaan. Justeru, terorisme dan agama adalah dua istilah yang tidak sesekali boleh digabungkan atau diselaraskan, kerana intipati dan konsepsi kedua-duanya adalah jauh berbeza. Malah, kesemua agama menentang keganasan. Terorisme adalah suatu jenayah yang melibatkan pelbagai pihak. Seorang teroris bukan hanya bersalah terhadap individu yang menjadi mangsa tindakan dan keganasannya, bahkan juga bersalah terhadap Tuhan, masyarakat dan spesies manusia secara keseluruhan (Ergun Capan et.al., 2004: 37). Oleh yang demikian, terorisme bukanlah suatu yang dibenarkan oleh Islam. Bahkan, ia bertentangan dengan misi kerasulan Nabi Muhammad serta agama Islam sendiri, iaitu membawa rahmat dan keamanan untuk seluruh alam. Tindakan-tindakan yang mempunyai elemen keganasan yang dikaitkan dengan ummat Islam sebenarnya adalah hasil salahfaham dan salahtafsir terhadap ajaran Islam. Walau apa pun alasan yang didakwa oleh pengganas untuk menjustifikasi tindakan mereka seperti menentang modernisasi, mencari peluang untuk berekspresi atau didengari serta menzahirkan ketidakpuasan hati, Islam melarang sebarang wadah keganasan. Ini termasuklah melakukan serangan bom berani mati ), merampas kapalterbang, penculikan orang awam, menyerang kepentingan awam dan masyarakat umum. Al-Qur’an melarang pembunuhan dan mengambil nyawa manusia lain sewenang-wenangnya. Islam juga melarang membunuh rakyat awam bagi membalas dendam terhadap pihak lain, kerana setiap manusia hanya bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukannya. “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan sesuatu sebab yang benar” (Surah al-An’am: 151) Kekeliruan tentang jihad dan ketakutan masyarakat bukan Islam terhadapnya bertambah apabila para pengganas menjadikan jihad sebagai alasan dan justifikasi terhadap tindakan mereka. Hakikatnya, jihad tidak boleh dijadikan alat untuk mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah atau untuk mencapai hajat dan kehendak. Jihad adalah satu konsep yang murni dan unik, bagi mempertahankan diri ummat Islam, bukannya untuk permusuhan atau menyerang. Ayat 11-12 surah al-Baqarah menjelaskan:“Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar”. Terdapat etika dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam ketika berjihad yang perlu dipatuhi oleh mujahid sebenar. Antaranya ialah menghormati mayat musuh, tidak melakukan penyeksaan atau penderaan terhadap musuh, tidak menyerang rakyat umum (bukan askar) dan orang yang tidak bersalah, memberi bantuan kemanusiaan kepada musuh, melayani musuh dengan belas kasihan dan sebagainya (Ergun Capan et.al., 2004: 23-31). Oleh itu, seorang mujahid yang sebenar dan ikhlas tidak akan melakukan keganasan dalam apa bentuk sekalipun. Seorang mujahid yang berjuang demi kebenaran akan sentiasa menjadikan al-Qur‘an dan Sunnah sebagai pedoman dalam membuat tindakan dan mengambil keputusan dalam menghadapi konflik dan krisis. Majoriti ulama’ Islam kontemporari juga tidak bersetuju dengan perbuatan serangan berani mati serta menyelar pelakunya. Mereka termasuklah Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Hamzah Yusuf Hanson, Shaykh Ba’lawi, Imam Zaid Syakir, Mufti Taqiuddin Uthmani dan ramai lagi. () KesimpulanTanggapan yang mengatakan bahawa jihad dapat menyelesaikan segala apa yang berlaku pada ummat Islam masakini adalah satu kesilapan dan paradigma yang tidak tepat. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur’an, Islam menyeru serta membawa ummat manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya Ilahi. Islam menawarkan solusi dan perubahan ke arah kehidupan yang jauh lebih baik dan bahagia. Perubahan hanya akan berlaku secara semulajadi dan bukan dengan paksaan. Islam tidak pernah menggalakkan pemaksaan terhadap idea-idea yang dilontarkan. Islam adalah agama perdamaian, agama yang memasuki relung-relung hati ummat manusia melalui hujah dan kebijaksanaan. Islam memperjuangkan kebenaran, keadilan dan persamaan, hanya manusia-manusia yang angkuh dan jahil yang tidak dapat menghargai perjuangan Islam. Penjelasan dan dakwah secara menyeluruh kepada setiap individu masyarakat perlu menjadi fokus utama perjuangan ummat Islam.Ummat Islam perlu melihat ajaran Islam daripada ‘dalam’ dan bukan dari perspektif luar, terutamanya dari pandangan dan kacamata Barat. Adalah wajar masyarakat Barat salah faham tentang konsep jihad kerana kerangka pemikiran mereka jauh berbeza dengan Ummat Islam. Keengganan sesetengah orientalis Barat untuk melihat sisi positif Islam adalah kerana adanya unsur-unsur permusuhan dan kebencian dalam diri mereka. Sebaliknya ummat Islam perlu menghayati dan memahami segala ajaran Islam dengan baik supaya tidak mudah terpengaruh dengan cara berfikir Barat yang sudah membudaya, hasil daripada proses globalisasi. Tanpa penghayatan dan pemahaman yang mendalam terhadap ajaran Islam, ummat Islam akan berada dalam keadaan keliru dan kehilangan identiti keIslaman mereka. Kesimpulannya, jihad bukanlah merupakan satu konsep yang kabur dan mengelirukan. Ia juga bukan manifestasi unsur keganasan di dalam Islam atau kaum Muslimin. Ia juga bukan satu bagi masyarakat Barat mahupun masyarakat Islam sendiri, jika difahami dengan betul dan dihayati dari perspektif yang positif.

Salah satu kekeliruan tentang konsep jihad yang sering diperbincangkan dan semakin diperkatakan oleh masyarakat Islam dewasa ini ialah salahfaham bahawa jihad yang dimaksudkan dalam Islam tidak membawa maksud peperangan. Malah, ada segelintir sarjana dan pemikir yang cuba menafikan peperangan sebagai salah satu bentuk jihad. Malahan, jihad melawan hawa nafsu itu dikatakan lebih baik dan lebih utama dari berperang di medan peperangan. Biarpun konsep jihad mengandungi pengertian yang luas dan dapat dimanifestasikan menerusi pelbagai bentuk, namun satu fakta yang jelas ialah jihad tidak dapat dipisahkan dari maksud peperangan.Kekeliruan ini sebenarnya berpunca daripada para Orientalis yang ingin menghapuskan semangat jihad di kalangan ummat Islam, kerana mereka sedar akan kekuatan semangat jihad dan signifikannya dalam penyebaran dan pengukuhan agama Islam. Ini terbukti melalui kajian yang mereka lakukan sebagai Perang Salib dan juga kajian tentang sejarah zaman kegemilangan Islam, di mana mereka dapati bahawa faktor pendorong kejayaan ummat Islam adalah semangat jihad. Puak ini dengan aktifnya cuba mengelirukan ummat Islam sendiri dan juga cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam tentang konsep jihad. Golongan yang berpendapat sedemikian berpegang pada sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang menyifatkan jihad berperang sebagai jihad kecil dan jihad melawan hawa nafsu sebagai jihad yang lebih besar atau utama. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadith yang bermaksud: “Kami telah pulang dari jihad yang kecil untuk jihad yang lebih besar”. Lalu para sahabat bertanya: “Apakah dia jihad yang besar?” Rasulullah menjawab: “Jihad melawan hawa nafsu”. Hadith di atas membawa konotasi secara umum bahawa istilah jihad bukan sahaja bermaksud berperang dengan musuh di medan perang, akan tetapi ia juga membawa maksud peperangan seseorang individu dengan hawa nafsunya sendiri. Ia juga menggambarkan bahawa berjihad melawan hawa nafsu merupakan suatu amalan yang lebih besar dan utama dari berperang pada jalan Allah. Jika hadith ini ternyata (autentik) ini bermakna jihad dalam erti kata perang adalah tidak begitu penting berbanding dengan jihad melawan hawa nafsu. Oleh itu, ummat Islam tidak perlu ke medan perang, kerana memadai bagi mereka melawan hawa nafsu untuk mendapatkan pahala dan ganjaran yang lebih besar. . Pada dasarnya, kekeliruan ini timbul disebabkan oleh beberapa sebab. Antaranya ialah:1) Pertama, kedangkalan ilmu tentang keaslian, kebenaran dan hadith tersebut dan sejauhmana kekuatannya untuk dijadikan dalil dan hujah. 2) Kedua, kurang penguasaan Bahasa Arab serta tidak dapat memahami makna sebenar sesuatu hadith.3) Ketiga, kesan dari distortasi makna sebenar hadith serta propaganda Barat dan para Orientalis dan musuh-musuh Islam di dalam penulisan mereka. Para ulama’ yang mengkaji kebenaran serta keaslian hadith ini merumuskan bahawa hadith ini sebenarnya tidak dapat dipastikan kebenarannya. Imam al-Iraqi mengatakan (susur galur perawi yang meriwayatkan hadith) hadith ini atau lemah Maksudnya, dari segi keasliannya dan kebenarannya, hadith ini tidak cukup kuat untuk dijadikan hujah. Ibn Hajar pula mengatakan hadith ini diriwayatkan oleh Ibrahim bin Ablah, salah seorang yang tidak boleh dipercayai periwayatannya. (Muhammad Khayr Haikal,1996, jil. 1: 46). Walaubagaimanapun, seandainya hadith ini dan penilaian ulama hadith ternyata silap, hadith ini perlu diberi penjelasan dan dilihat dari sudut bahasa dan makna. Jihad melawan nafsu dikatakan lebih “besar” dari jihad peperangan kerana secara logik, sebelum seseorang membuat keputusan untuk berjihad dan berperang di jalan Allah, dia perlu “berperang” dengan dirinya sendiri terlebih dahulu serta berperang dengan hawa nafsunya, agar dia memperoleh kekuatan untuk berjuang serta semangat untuk berkorban di jalan Allah. Dengan kata lain, individu tersebut perlu berjihad menentang sifat penakut, sifat malas dan tidak rela menghadapi kesusahan dan maut serta perasaan cintakan kehidupan dan kesenangan. Tambahan lagi, jihad melawan hawa nafsu merupakan prasayarat untuk seseorang keluar berjihad dan berperang di jalan Allah. Oleh itu, demi menggambarkan kepentingan jihad tersebut, Rasulullah s.a.w. secara kiasan (metafora) telah menyebutnya sebagai jihad yang “lebih besar”. Kesimpulannya, frasa “lebih besar” sepertimana yang terdapat dalam hadith tersebut hanyalah kiasan dan bukanlah memberi makna secara zahir atau literal. Sebagai perbandingan untuk apa yang kita bincangkan, kita ambil contoh solat dan wuduk. Tidak dinafikan, solat ternyata lebih utama dari wudhuk. Tetapi sebelum mengerjakan solat, seseorang wajib mengerjakan prasayarat solat terlebih dahulu, iaitu mengambil wudhuk. Ini tidak bermakna wudhuk lebih utama atau lebih besar signifikannya daripada solat. Kebanyakan para orientalis seperti T.W. Arnold dan sebagainya melihat jihad dari perspektif negatif dan salah. Ini disebabkan mereka mengkaji Islam dari perspektif yang berbeza, iaitu dari kacamata seorang yang berlatarbelakangkan pemikiran sekular, etheis, Kristian atau Yahudi. Ataupun mereka melihat serta mendekati Islam dengan membawa sekali kebencian dan agenda yang tersembunyi disebalik kajian yang dibuat. Hasilnya kajian mereka selalunya tidak objektif, bias, destruktif, meragukan dan mengelirukan.Dalam masalah jihad, orientalis cenderung menggambarkan bahawa jihad dalam Islam merupakan satu bentuk keganasan pada zaman silam yang tidak relevan pada zaman sekarang. Ada juga yang menyamakan jihad dengan . Dengan memutarbelitkan serta memalsukan beberapa fakta dalam sejarah Islam, mereka cuba melihat jihad dari aspek yang negatif. Imej jihad yang kejam, ganas dan keras seperti digambarkan oleh sarjana Orientalis di atas menyebabkan sebahagian orang Islam bersikap apologetik. Justeru, segolongan modenis Islam yang berpegang kepada nilai-nilai tamadun Barat yang moden melihat konsep jihad perlu diterjemahkan dan ditafsirkan semula dengan konsep yang tidak ganas dan keras. Ini seterusnya membawa kepada pentafsiran semula konsep jihad agar kelihatan lebih ‘sesuai’ dan boleh diterima oleh semua golongan.Perkara dan hakikat utama yang tidak diambilkira oleh para Orientalis dalam memahami konsep jihad dalam Islam adalah bahawa jihad bukan tujuan akan tetapi alat untuk berdakwah yang digunakan dengan melihat keperluan semasa. Terdapat tujuan yang mulia yang diinginkan daripada jihad. Dan tujuan mulia ini diperkuatkan lagi dengan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi dalam melaksanakan jihad. Dalam Islam tujuan dan matlamat tidak menghalalkan cara. Cara yang baik sangat penting agar satu amalan diterima disisi Allah s.w.t. Ketika dunia dikejutkan dengan aksi-aksi terorisme, terutamanya selepas insiden 11 September di New York, Amerika Syarikat, konsep jihad adalah di antara perkara berbangkit yang menjadi perhatian Barat. Di kalangan masyarakat Barat khususnya, jihad seringkali disalahfahami sebagai satu bentuk keganasan yang wujud dalam ajaran Islam. Ironinya, aksi-aksi terorisme hanya dikaitkan dengan ummat Islam. Sedangkan keganasan yang dilakukan oleh masyarakat dunia yang lain tidak menjadi isu yang besar, malahan tidak dipedulikan. Sebagai menyebut beberapa contoh yang nyata, keganasan bangsa Yahudi di Palestin, masyarakat beragama Hindu di India, bangsa Serb Kristian terhadap kaum Bosnia dan Kosovo dan negara-negara lain tidak dilihat dan tidak dikategorikan sebagai aksi keganasan oleh kuasa-kuasa besar dunia. Sebaliknya jihad, penentangan serta kebangkitan () rakyat Palestin yang mempertahankan tanah air dan kampung halaman mereka daripada pencerobohan dan penaklukan Israel serta keganasannya dianggap sebagai satu keganasan di mata masyarakat dunia. Menyelusuri sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat mempunyai tanggungjawab menyebarkan mesej Islam kepada seluruh manusia dan mereka terpaksa menghadapi tentangan daripada penguasa-penguasa yang kejam dan ganas. Oleh kerana dakwah menghadapi tentangan yang hebat maka jihad adalah satu usaha yang mesti dilakukan untuk mengimbangi keganasan dan kezaliman penguasa-penguasa tersebut. Tanpa jihad ummat Islam pada masa itu dikhuatiri tidak dapat mengekalkan kewujudan mereka, dan yang lebih penting lagi untuk mempertahankan keimanan dan memastikan Islam tetap tegak dengan gagah berani.Melihat kepada situasi ketika kemunculan Islam pada masa dahulu, kita perlu mempertimbangkan bahawa terdapat konspirasi dan usaha musuh-musuh Islam untuk memastikan agama baru itu tidak tersebar luas, kerana bagi mereka kemunculan agama baru itu dapat mengancam dan kedudukan mereka sebagai penguasa yang despotik. Oleh kerana Islam membawa mesej rahmat ke seluruh alam, membela kaum yang lemah, mempertahankan hak-hak asasi manusia, menyeru kepada keadilan dan persamaan, maka imej yang baik ini lebih meyakinkan dan dapat menarik banyak kalangan masyarakat. Kebenaran yang dibawa oleh Islam memberi keyakinan kepada pengikutnya untuk memperjuangkannya dengan apa cara sekalipun. Ummat Islam percaya adalah merupakan satu tangggungjawab mereka untuk menyampaikan kebenaran tersebut kepada setiap insan tidak kira dimana mereka berada.Seandainya pada masa sekarang, perkara-perkara yang menyebabkan keperluan jihad tidak timbul dengan adanya kebebasan bersuara, beragama, kebebasan mendapatkan informasi yang benar, kebebasan menyampaikan dakwah dan dan sebagainya, maka tidak timbul keperluan jihad dalam erti kata perang pada zaman sekarang, kerana jihad hanyalah satu alat untuk berdakwah dan menegakkan Islam. Demikian juga jika tiada penindasan, kezaliman dan penganiyaan dilakukan terhadap ummat Islam, ataupun jika ummat Islam mempunyai cara dan alternatif yang boleh digunakan secara damai maka jihad juga bukanlah satu keperluan. Jihad menjadi wajib dilakukan apabila sesuatu perkara yang wajib dan lebih penting daripada itu tidak dapat ditegakkan atau dilakukan tanpanya. Ini sesuai dengan kaedah fiqh ‘sesuatu perkara wajib yang tidak dapat disempurnakan tanpanya, maka ia menjadi wajib’. Terlepas daripada isu terorisme dan keganasan, jihad pada dasarnya amat berbeza dan amat asing dengan kedua istilah tersebut. Ini kerana jihad adalah satu bentuk amal ibadah, dan amal ibadah tidak mungkin mempunyai ciri-ciri keganasan. Untuk berjihad seseorang perlu menjaga adab dan peraturan yang digariskan bagi seseorang mujahid, serta tidak boleh melanggar etika berperang yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasulullah s.a.w. Sebarang pelanggaran terhadap adab dan peraturan ini akan mengakibatkan amalan jihad tersebut tidak diterima oleh Allah s.w.t, disamping ketiadaan pertolongan dari Allah. Dari penjelasan di atas dapat dilihat bahawa Islam tidak mensyari’atkan sesuatu kecuali ianya adalah untuk kebaikan dan kepentingan manusia. Jihad disyari’atkan dalam Islam supaya dalam keadaan tertentu di mana diperlukan ada cara dan kaedah yang telah dibenarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah saw. Perang yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w. tidak mengandungi unsur- unsur keganasan, tidak melampaui batas dan juga mempunyai etika dan peraturan yang berperikemanusiaan. Ini dapat dibuktikan dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Maralah dengan nama Allah Taala dan kerana Allah dan demi agama Rasulullah! Janganlah kamu membunuh orang yang sangat tua, atau anak kecil, atau wanita, dan janganlah melampaui batas. Kumpullah harta rampasan perang dan berbuat baiklah (). Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik," 7.4 Terorisme dan Serangan Berani Mati Terorisme, dalam apa jua bentuk dan jenis adalah satu jenayah terhadap kemanusiaan. Justeru, terorisme dan agama adalah dua istilah yang tidak sesekali boleh digabungkan atau diselaraskan, kerana intipati dan konsepsi kedua-duanya adalah jauh berbeza. Malah, kesemua agama menentang keganasan. Terorisme adalah suatu jenayah yang melibatkan pelbagai pihak. Seorang teroris bukan hanya bersalah terhadap individu yang menjadi mangsa tindakan dan keganasannya, bahkan juga bersalah terhadap Tuhan, masyarakat dan spesies manusia secara keseluruhan (Ergun Capan et.al., 2004: 37). Oleh yang demikian, terorisme bukanlah suatu yang dibenarkan oleh Islam. Bahkan, ia bertentangan dengan misi kerasulan Nabi Muhammad serta agama Islam sendiri, iaitu membawa rahmat dan keamanan untuk seluruh alam. Tindakan-tindakan yang mempunyai elemen keganasan yang dikaitkan dengan ummat Islam sebenarnya adalah hasil salahfaham dan salahtafsir terhadap ajaran Islam. Walau apa pun alasan yang didakwa oleh pengganas untuk menjustifikasi tindakan mereka seperti menentang modernisasi, mencari peluang untuk berekspresi atau didengari serta menzahirkan ketidakpuasan hati, Islam melarang sebarang wadah keganasan. Ini termasuklah melakukan serangan bom berani mati ), merampas kapalterbang, penculikan orang awam, menyerang kepentingan awam dan masyarakat umum. Al-Qur’an melarang pembunuhan dan mengambil nyawa manusia lain sewenang-wenangnya. Islam juga melarang membunuh rakyat awam bagi membalas dendam terhadap pihak lain, kerana setiap manusia hanya bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukannya. “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan sesuatu sebab yang benar” (Surah al-An’am: 151) Kekeliruan tentang jihad dan ketakutan masyarakat bukan Islam terhadapnya bertambah apabila para pengganas menjadikan jihad sebagai alasan dan justifikasi terhadap tindakan mereka. Hakikatnya, jihad tidak boleh dijadikan alat untuk mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah atau untuk mencapai hajat dan kehendak. Jihad adalah satu konsep yang murni dan unik, bagi mempertahankan diri ummat Islam, bukannya untuk permusuhan atau menyerang. Ayat 11-12 surah al-Baqarah menjelaskan:“Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar”. Terdapat etika dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam ketika berjihad yang perlu dipatuhi oleh mujahid sebenar. Antaranya ialah menghormati mayat musuh, tidak melakukan penyeksaan atau penderaan terhadap musuh, tidak menyerang rakyat umum (bukan askar) dan orang yang tidak bersalah, memberi bantuan kemanusiaan kepada musuh, melayani musuh dengan belas kasihan dan sebagainya (Ergun Capan et.al., 2004: 23-31). Oleh itu, seorang mujahid yang sebenar dan ikhlas tidak akan melakukan keganasan dalam apa bentuk sekalipun. Seorang mujahid yang berjuang demi kebenaran akan sentiasa menjadikan al-Qur‘an dan Sunnah sebagai pedoman dalam membuat tindakan dan mengambil keputusan dalam menghadapi konflik dan krisis. Majoriti ulama’ Islam kontemporari juga tidak bersetuju dengan perbuatan serangan berani mati serta menyelar pelakunya. Mereka termasuklah Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Hamzah Yusuf Hanson, Shaykh Ba’lawi, Imam Zaid Syakir, Mufti Taqiuddin Uthmani dan ramai lagi. () KesimpulanTanggapan yang mengatakan bahawa jihad dapat menyelesaikan segala apa yang berlaku pada ummat Islam masakini adalah satu kesilapan dan paradigma yang tidak tepat. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur’an, Islam menyeru serta membawa ummat manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya Ilahi. Islam menawarkan solusi dan perubahan ke arah kehidupan yang jauh lebih baik dan bahagia. Perubahan hanya akan berlaku secara semulajadi dan bukan dengan paksaan. Islam tidak pernah menggalakkan pemaksaan terhadap idea-idea yang dilontarkan. Islam adalah agama perdamaian, agama yang memasuki relung-relung hati ummat manusia melalui hujah dan kebijaksanaan. Islam memperjuangkan kebenaran, keadilan dan persamaan, hanya manusia-manusia yang angkuh dan jahil yang tidak dapat menghargai perjuangan Islam. Penjelasan dan dakwah secara menyeluruh kepada setiap individu masyarakat perlu menjadi fokus utama perjuangan ummat Islam.Ummat Islam perlu melihat ajaran Islam daripada ‘dalam’ dan bukan dari perspektif luar, terutamanya dari pandangan dan kacamata Barat. Adalah wajar masyarakat Barat salah faham tentang konsep jihad kerana kerangka pemikiran mereka jauh berbeza dengan Ummat Islam. Keengganan sesetengah orientalis Barat untuk melihat sisi positif Islam adalah kerana adanya unsur-unsur permusuhan dan kebencian dalam diri mereka. Sebaliknya ummat Islam perlu menghayati dan memahami segala ajaran Islam dengan baik supaya tidak mudah terpengaruh dengan cara berfikir Barat yang sudah membudaya, hasil daripada proses globalisasi. Tanpa penghayatan dan pemahaman yang mendalam terhadap ajaran Islam, ummat Islam akan berada dalam keadaan keliru dan kehilangan identiti keIslaman mereka. Kesimpulannya, jihad bukanlah merupakan satu konsep yang kabur dan mengelirukan. Ia juga bukan manifestasi unsur keganasan di dalam Islam atau kaum Muslimin. Ia juga bukan satu bagi masyarakat Barat mahupun masyarakat Islam sendiri, jika difahami dengan betul dan dihayati dari perspektif yang positif.
7.1 Jihad Bukan Paksaan Untuk Menganut Agama Islam Di dalam sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. tidak pernah memerangi kaum musyrikin dan golongan yang tidak beriman kepada Allah s.w.t dengan niat atau misi untuk memaksa mereka menganut agama Islam. Jihad yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin adalah bertujuan untuk menyampaikan syiar Allah, memperluaskan dakwah Islam dan menegakkan hukum Allah, tetapi bukan bertujuan untuk memaksa mereka memeluk Islam. Tujuan jihad hanyalah supaya mereka patuh dan tunduk kepada kerajaan dan pimpinan Islam, serta dapat menerima kaum Muslimin dan memberi laluan kepada dakwah Islam untuk berkembang. Mereka yang tidak memerangi orang-orang Islam, serta tidak menghalang dakwah Islam dijalankan di negeri atau kawasan mereka tidak akan diperangi, selagi mana mereka mengiktiraf kerajaan Islam, patuh kepadanya dan membenarkan dakwah Islam dijalankan secara bebas dan aman.Buktinya, Rasulullah s.a.w. memerangi musyrikin Makkah kerana penganiyaan, penghinaan dan kezaliman yang telah mereka lakukan terhadap kaum Muslimin, samada semasa di Makkah mahupun selepas Hijrah ke Madinah (Ergun Kapan et al., 2004:22). Bagi kes masyarakat Yahudi dan Nasrani pula, Rasulullah s.a.w. telah menggunakan pendekatan yang aman dan tidak agresif ketika berinteraksi dengan mereka sejak awal lagi. Baginda telah memeterai perjanjian damai dengan mereka, supaya masyarakat Islam dan kedua-dua kaum tersebut dapat hidup bersama dengan aman dan damai. Menerusi Piagam Madinah (perlembagaan bertulis yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w.) pula, hak dan kebebasan untuk beragama bagi kaum Yahudi dan Nasrani tidak dikongkong atau disekat. Namun, Allah memerintahkan ummat Islam memerangi mereka disebabkan ketidaksetiaan mereka terhadap perjanjian damai yang telah dimeterai, serta sikap mereka yang berpaling tadah dan bersekutu dengan musuh-musuh Islam. Sebaliknya, negeri-negeri yang tidak memusuhi Islam serta tidak menyekat dakwah Islam tidak diperangi oleh Rasulullah s.a.w. Manakala bagi negeri dan masyarakat yang terlibat dengan peperangan, mereka juga tidak dipaksa untuk menganut agama Islam. Mereka diberi alternatif untuk membayar . Kesimpulannya, jihad dan peperangan bukanlah satu alat untuk menyebarkan agama Islam dengan memaksa manusia menganut agama Islam. Hakikat ini juga menafikan tuduhan dan salahfaham masyarakat dunia hari ini bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang atau peperangan. Seorang pakar sejarah Barat bernama De Lacy O’Leary di dalam bukunya bertajuk “Islam at the Cross Road” ada menyebut (Zakir Abdul Karim, 2002: 13) : “History makes it clear, however, that the legend of the fanatical Muslims sweeping through the world and forcing Islam at the point of the sword upon conquered races is one of the most fantastically absurd myth that historians have ever repeated”. Salah satu kekeliruan tentang konsep jihad yang sering diperbincangkan dan semakin diperkatakan oleh masyarakat Islam dewasa ini ialah salahfaham bahawa jihad yang dimaksudkan dalam Islam tidak membawa maksud peperangan. Malah, ada segelintir sarjana dan pemikir yang cuba menafikan peperangan sebagai salah satu bentuk jihad. Malahan, jihad melawan hawa nafsu itu dikatakan lebih baik dan lebih utama dari berperang di medan peperangan. Biarpun konsep jihad mengandungi pengertian yang luas dan dapat dimanifestasikan menerusi pelbagai bentuk, namun satu fakta yang jelas ialah jihad tidak dapat dipisahkan dari maksud peperangan.Kekeliruan ini sebenarnya berpunca daripada para Orientalis yang ingin menghapuskan semangat jihad di kalangan ummat Islam, kerana mereka sedar akan kekuatan semangat jihad dan signifikannya dalam penyebaran dan pengukuhan agama Islam. Ini terbukti melalui kajian yang mereka lakukan sebagai Perang Salib dan juga kajian tentang sejarah zaman kegemilangan Islam, di mana mereka dapati bahawa faktor pendorong kejayaan ummat Islam adalah semangat jihad. Puak ini dengan aktifnya cuba mengelirukan ummat Islam sendiri dan juga cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam tentang konsep jihad. Golongan yang berpendapat sedemikian berpegang pada sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang menyifatkan jihad berperang sebagai jihad kecil dan jihad melawan hawa nafsu sebagai jihad yang lebih besar atau utama. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadith yang bermaksud: “Kami telah pulang dari jihad yang kecil untuk jihad yang lebih besar”. Lalu para sahabat bertanya: “Apakah dia jihad yang besar?” Rasulullah menjawab: “Jihad melawan hawa nafsu”. Hadith di atas membawa konotasi secara umum bahawa istilah jihad bukan sahaja bermaksud berperang dengan musuh di medan perang, akan tetapi ia juga membawa maksud peperangan seseorang individu dengan hawa nafsunya sendiri. Ia juga menggambarkan bahawa berjihad melawan hawa nafsu merupakan suatu amalan yang lebih besar dan utama dari berperang pada jalan Allah. Jika hadith ini ternyata (autentik) ini bermakna jihad dalam erti kata perang adalah tidak begitu penting berbanding dengan jihad melawan hawa nafsu. Oleh itu, ummat Islam tidak perlu ke medan perang, kerana memadai bagi mereka melawan hawa nafsu untuk mendapatkan pahala dan ganjaran yang lebih besar. . Pada dasarnya, kekeliruan ini timbul disebabkan oleh beberapa sebab. Antaranya ialah:1) Pertama, kedangkalan ilmu tentang keaslian, kebenaran dan hadith tersebut dan sejauhmana kekuatannya untuk dijadikan dalil dan hujah. 2) Kedua, kurang penguasaan Bahasa Arab serta tidak dapat memahami makna sebenar sesuatu hadith.3) Ketiga, kesan dari distortasi makna sebenar hadith serta propaganda Barat dan para Orientalis dan musuh-musuh Islam di dalam penulisan mereka. Para ulama’ yang mengkaji kebenaran serta keaslian hadith ini merumuskan bahawa hadith ini sebenarnya tidak dapat dipastikan kebenarannya. Imam al-Iraqi mengatakan (susur galur perawi yang meriwayatkan hadith) hadith ini atau lemah Maksudnya, dari segi keasliannya dan kebenarannya, hadith ini tidak cukup kuat untuk dijadikan hujah. Ibn Hajar pula mengatakan hadith ini diriwayatkan oleh Ibrahim bin Ablah, salah seorang yang tidak boleh dipercayai periwayatannya. (Muhammad Khayr Haikal,1996, jil. 1: 46). Walaubagaimanapun, seandainya hadith ini dan penilaian ulama hadith ternyata silap, hadith ini perlu diberi penjelasan dan dilihat dari sudut bahasa dan makna. Jihad melawan nafsu dikatakan lebih “besar” dari jihad peperangan kerana secara logik, sebelum seseorang membuat keputusan untuk berjihad dan berperang di jalan Allah, dia perlu “berperang” dengan dirinya sendiri terlebih dahulu serta berperang dengan hawa nafsunya, agar dia memperoleh kekuatan untuk berjuang serta semangat untuk berkorban di jalan Allah. Dengan kata lain, individu tersebut perlu berjihad menentang sifat penakut, sifat malas dan tidak rela menghadapi kesusahan dan maut serta perasaan cintakan kehidupan dan kesenangan. Tambahan lagi, jihad melawan hawa nafsu merupakan prasayarat untuk seseorang keluar berjihad dan berperang di jalan Allah. Oleh itu, demi menggambarkan kepentingan jihad tersebut, Rasulullah s.a.w. secara kiasan (metafora) telah menyebutnya sebagai jihad yang “lebih besar”. Kesimpulannya, frasa “lebih besar” sepertimana yang terdapat dalam hadith tersebut hanyalah kiasan dan bukanlah memberi makna secara zahir atau literal. Sebagai perbandingan untuk apa yang kita bincangkan, kita ambil contoh solat dan wuduk. Tidak dinafikan, solat ternyata lebih utama dari wudhuk. Tetapi sebelum mengerjakan solat, seseorang wajib mengerjakan prasayarat solat terlebih dahulu, iaitu mengambil wudhuk. Ini tidak bermakna wudhuk lebih utama atau lebih besar signifikannya daripada solat. Kebanyakan para orientalis seperti T.W. Arnold dan sebagainya melihat jihad dari perspektif negatif dan salah. Ini disebabkan mereka mengkaji Islam dari perspektif yang berbeza, iaitu dari kacamata seorang yang berlatarbelakangkan pemikiran sekular, etheis, Kristian atau Yahudi. Ataupun mereka melihat serta mendekati Islam dengan membawa sekali kebencian dan agenda yang tersembunyi disebalik kajian yang dibuat. Hasilnya kajian mereka selalunya tidak objektif, bias, destruktif, meragukan dan mengelirukan.Dalam masalah jihad, orientalis cenderung menggambarkan bahawa jihad dalam Islam merupakan satu bentuk keganasan pada zaman silam yang tidak relevan pada zaman sekarang. Ada juga yang menyamakan jihad dengan . Dengan memutarbelitkan serta memalsukan beberapa fakta dalam sejarah Islam, mereka cuba melihat jihad dari aspek yang negatif. Imej jihad yang kejam, ganas dan keras seperti digambarkan oleh sarjana Orientalis di atas menyebabkan sebahagian orang Islam bersikap apologetik. Justeru, segolongan modenis Islam yang berpegang kepada nilai-nilai tamadun Barat yang moden melihat konsep jihad perlu diterjemahkan dan ditafsirkan semula dengan konsep yang tidak ganas dan keras. Ini seterusnya membawa kepada pentafsiran semula konsep jihad agar kelihatan lebih ‘sesuai’ dan boleh diterima oleh semua golongan.Perkara dan hakikat utama yang tidak diambilkira oleh para Orientalis dalam memahami konsep jihad dalam Islam adalah bahawa jihad bukan tujuan akan tetapi alat untuk berdakwah yang digunakan dengan melihat keperluan semasa. Terdapat tujuan yang mulia yang diinginkan daripada jihad. Dan tujuan mulia ini diperkuatkan lagi dengan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi dalam melaksanakan jihad. Dalam Islam tujuan dan matlamat tidak menghalalkan cara. Cara yang baik sangat penting agar satu amalan diterima disisi Allah s.w.t. Ketika dunia dikejutkan dengan aksi-aksi terorisme, terutamanya selepas insiden 11 September di New York, Amerika Syarikat, konsep jihad adalah di antara perkara berbangkit yang menjadi perhatian Barat. Di kalangan masyarakat Barat khususnya, jihad seringkali disalahfahami sebagai satu bentuk keganasan yang wujud dalam ajaran Islam. Ironinya, aksi-aksi terorisme hanya dikaitkan dengan ummat Islam. Sedangkan keganasan yang dilakukan oleh masyarakat dunia yang lain tidak menjadi isu yang besar, malahan tidak dipedulikan. Sebagai menyebut beberapa contoh yang nyata, keganasan bangsa Yahudi di Palestin, masyarakat beragama Hindu di India, bangsa Serb Kristian terhadap kaum Bosnia dan Kosovo dan negara-negara lain tidak dilihat dan tidak dikategorikan sebagai aksi keganasan oleh kuasa-kuasa besar dunia. Sebaliknya jihad, penentangan serta kebangkitan () rakyat Palestin yang mempertahankan tanah air dan kampung halaman mereka daripada pencerobohan dan penaklukan Israel serta keganasannya dianggap sebagai satu keganasan di mata masyarakat dunia. Menyelusuri sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat mempunyai tanggungjawab menyebarkan mesej Islam kepada seluruh manusia dan mereka terpaksa menghadapi tentangan daripada penguasa-penguasa yang kejam dan ganas. Oleh kerana dakwah menghadapi tentangan yang hebat maka jihad adalah satu usaha yang mesti dilakukan untuk mengimbangi keganasan dan kezaliman penguasa-penguasa tersebut. Tanpa jihad ummat Islam pada masa itu dikhuatiri tidak dapat mengekalkan kewujudan mereka, dan yang lebih penting lagi untuk mempertahankan keimanan dan memastikan Islam tetap tegak dengan gagah berani.Melihat kepada situasi ketika kemunculan Islam pada masa dahulu, kita perlu mempertimbangkan bahawa terdapat konspirasi dan usaha musuh-musuh Islam untuk memastikan agama baru itu tidak tersebar luas, kerana bagi mereka kemunculan agama baru itu dapat mengancam dan kedudukan mereka sebagai penguasa yang despotik. Oleh kerana Islam membawa mesej rahmat ke seluruh alam, membela kaum yang lemah, mempertahankan hak-hak asasi manusia, menyeru kepada keadilan dan persamaan, maka imej yang baik ini lebih meyakinkan dan dapat menarik banyak kalangan masyarakat. Kebenaran yang dibawa oleh Islam memberi keyakinan kepada pengikutnya untuk memperjuangkannya dengan apa cara sekalipun. Ummat Islam percaya adalah merupakan satu tangggungjawab mereka untuk menyampaikan kebenaran tersebut kepada setiap insan tidak kira dimana mereka berada.Seandainya pada masa sekarang, perkara-perkara yang menyebabkan keperluan jihad tidak timbul dengan adanya kebebasan bersuara, beragama, kebebasan mendapatkan informasi yang benar, kebebasan menyampaikan dakwah dan dan sebagainya, maka tidak timbul keperluan jihad dalam erti kata perang pada zaman sekarang, kerana jihad hanyalah satu alat untuk berdakwah dan menegakkan Islam. Demikian juga jika tiada penindasan, kezaliman dan penganiyaan dilakukan terhadap ummat Islam, ataupun jika ummat Islam mempunyai cara dan alternatif yang boleh digunakan secara damai maka jihad juga bukanlah satu keperluan. Jihad menjadi wajib dilakukan apabila sesuatu perkara yang wajib dan lebih penting daripada itu tidak dapat ditegakkan atau dilakukan tanpanya. Ini sesuai dengan kaedah fiqh ‘sesuatu perkara wajib yang tidak dapat disempurnakan tanpanya, maka ia menjadi wajib’. Terlepas daripada isu terorisme dan keganasan, jihad pada dasarnya amat berbeza dan amat asing dengan kedua istilah tersebut. Ini kerana jihad adalah satu bentuk amal ibadah, dan amal ibadah tidak mungkin mempunyai ciri-ciri keganasan. Untuk berjihad seseorang perlu menjaga adab dan peraturan yang digariskan bagi seseorang mujahid, serta tidak boleh melanggar etika berperang yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasulullah s.a.w. Sebarang pelanggaran terhadap adab dan peraturan ini akan mengakibatkan amalan jihad tersebut tidak diterima oleh Allah s.w.t, disamping ketiadaan pertolongan dari Allah. Dari penjelasan di atas dapat dilihat bahawa Islam tidak mensyari’atkan sesuatu kecuali ianya adalah untuk kebaikan dan kepentingan manusia. Jihad disyari’atkan dalam Islam supaya dalam keadaan tertentu di mana diperlukan ada cara dan kaedah yang telah dibenarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah saw. Perang yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w. tidak mengandungi unsur- unsur keganasan, tidak melampaui batas dan juga mempunyai etika dan peraturan yang berperikemanusiaan. Ini dapat dibuktikan dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Maralah dengan nama Allah Taala dan kerana Allah dan demi agama Rasulullah! Janganlah kamu membunuh orang yang sangat tua, atau anak kecil, atau wanita, dan janganlah melampaui batas. Kumpullah harta rampasan perang dan berbuat baiklah (). Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik," 7.4 Terorisme dan Serangan Berani Mati Terorisme, dalam apa jua bentuk dan jenis adalah satu jenayah terhadap kemanusiaan. Justeru, terorisme dan agama adalah dua istilah yang tidak sesekali boleh digabungkan atau diselaraskan, kerana intipati dan konsepsi kedua-duanya adalah jauh berbeza. Malah, kesemua agama menentang keganasan. Terorisme adalah suatu jenayah yang melibatkan pelbagai pihak. Seorang teroris bukan hanya bersalah terhadap individu yang menjadi mangsa tindakan dan keganasannya, bahkan juga bersalah terhadap Tuhan, masyarakat dan spesies manusia secara keseluruhan (Ergun Capan et.al., 2004: 37). Oleh yang demikian, terorisme bukanlah suatu yang dibenarkan oleh Islam. Bahkan, ia bertentangan dengan misi kerasulan Nabi Muhammad serta agama Islam sendiri, iaitu membawa rahmat dan keamanan untuk seluruh alam. Tindakan-tindakan yang mempunyai elemen keganasan yang dikaitkan dengan ummat Islam sebenarnya adalah hasil salahfaham dan salahtafsir terhadap ajaran Islam. Walau apa pun alasan yang didakwa oleh pengganas untuk menjustifikasi tindakan mereka seperti menentang modernisasi, mencari peluang untuk berekspresi atau didengari serta menzahirkan ketidakpuasan hati, Islam melarang sebarang wadah keganasan. Ini termasuklah melakukan serangan bom berani mati ), merampas kapalterbang, penculikan orang awam, menyerang kepentingan awam dan masyarakat umum. Al-Qur’an melarang pembunuhan dan mengambil nyawa manusia lain sewenang-wenangnya. Islam juga melarang membunuh rakyat awam bagi membalas dendam terhadap pihak lain, kerana setiap manusia hanya bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukannya. “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan sesuatu sebab yang benar” (Surah al-An’am: 151) Kekeliruan tentang jihad dan ketakutan masyarakat bukan Islam terhadapnya bertambah apabila para pengganas menjadikan jihad sebagai alasan dan justifikasi terhadap tindakan mereka. Hakikatnya, jihad tidak boleh dijadikan alat untuk mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah atau untuk mencapai hajat dan kehendak. Jihad adalah satu konsep yang murni dan unik, bagi mempertahankan diri ummat Islam, bukannya untuk permusuhan atau menyerang. Ayat 11-12 surah al-Baqarah menjelaskan:“Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar”. Terdapat etika dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam ketika berjihad yang perlu dipatuhi oleh mujahid sebenar. Antaranya ialah menghormati mayat musuh, tidak melakukan penyeksaan atau penderaan terhadap musuh, tidak menyerang rakyat umum (bukan askar) dan orang yang tidak bersalah, memberi bantuan kemanusiaan kepada musuh, melayani musuh dengan belas kasihan dan sebagainya (Ergun Capan et.al., 2004: 23-31). Oleh itu, seorang mujahid yang sebenar dan ikhlas tidak akan melakukan keganasan dalam apa bentuk sekalipun. Seorang mujahid yang berjuang demi kebenaran akan sentiasa menjadikan al-Qur‘an dan Sunnah sebagai pedoman dalam membuat tindakan dan mengambil keputusan dalam menghadapi konflik dan krisis. Majoriti ulama’ Islam kontemporari juga tidak bersetuju dengan perbuatan serangan berani mati serta menyelar pelakunya. Mereka termasuklah Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Hamzah Yusuf Hanson, Shaykh Ba’lawi, Imam Zaid Syakir, Mufti Taqiuddin Uthmani dan ramai lagi. () KesimpulanTanggapan yang mengatakan bahawa jihad dapat menyelesaikan segala apa yang berlaku pada ummat Islam masakini adalah satu kesilapan dan paradigma yang tidak tepat. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur’an, Islam menyeru serta membawa ummat manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya Ilahi. Islam menawarkan solusi dan perubahan ke arah kehidupan yang jauh lebih baik dan bahagia. Perubahan hanya akan berlaku secara semulajadi dan bukan dengan paksaan. Islam tidak pernah menggalakkan pemaksaan terhadap idea-idea yang dilontarkan. Islam adalah agama perdamaian, agama yang memasuki relung-relung hati ummat manusia melalui hujah dan kebijaksanaan. Islam memperjuangkan kebenaran, keadilan dan persamaan, hanya manusia-manusia yang angkuh dan jahil yang tidak dapat menghargai perjuangan Islam. Penjelasan dan dakwah secara menyeluruh kepada setiap individu masyarakat perlu menjadi fokus utama perjuangan ummat Islam.Ummat Islam perlu melihat ajaran Islam daripada ‘dalam’ dan bukan dari perspektif luar, terutamanya dari pandangan dan kacamata Barat. Adalah wajar masyarakat Barat salah faham tentang konsep jihad kerana kerangka pemikiran mereka jauh berbeza dengan Ummat Islam. Keengganan sesetengah orientalis Barat untuk melihat sisi positif Islam adalah kerana adanya unsur-unsur permusuhan dan kebencian dalam diri mereka. Sebaliknya ummat Islam perlu menghayati dan memahami segala ajaran Islam dengan baik supaya tidak mudah terpengaruh dengan cara berfikir Barat yang sudah membudaya, hasil daripada proses globalisasi. Tanpa penghayatan dan pemahaman yang mendalam terhadap ajaran Islam, ummat Islam akan berada dalam keadaan keliru dan kehilangan identiti keIslaman mereka. Kesimpulannya, jihad bukanlah merupakan satu konsep yang kabur dan mengelirukan. Ia juga bukan manifestasi unsur keganasan di dalam Islam atau kaum Muslimin. Ia juga bukan satu bagi masyarakat Barat mahupun masyarakat Islam sendiri, jika difahami dengan betul dan dihayati dari perspektif yang positif.
Jihad dari segi bahasaMenurut kamus-kamus bahasa Arab, perkataan jihad berasal daripada perkataan yang bermakna kesukaran, dan yang bermakna kekuatan dan usaha. Manakala perkataan al-jihad bermaksud “mengerahkan kekuatan dan kemampuan baik dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan”.Justeru, perkataan jihad dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai “mengerahkan dan mengeluarkan segala kekuatan dan kemampuan untuk membuat perlawanan di antara dua pihak, walaupun dalam bentuk (bukan fizikal”. Menerusi definisi ini, dapat disimpulkan bahawa jihad merupakan satu istilah yang meliputi pelbagai aspek. Ia bukan hanya melibatkan perlawanan atau peperangan secara fizikal yang melibatkan senjata, bahkan ia juga merangkumi perlawanan bukan fizikal termasuklah secara mental serta spiritual. Perlawanan dalam bentuk dapat dijelaskan lagi sebagaiperlawanan di antara manusia dengan dirinya sendiri. Sebagai contoh, konflik yang seringkali dihadapi oleh seseorang individu di antara dua keinginan yang bertentangan, seperti keinginan hati murni untuk melakukan perkara yang bersesuaian dengan ajaran agama atau keinginan untuk melakukan perkara menurut hawa nafsu. Manakala frasa “pengerahan kekuatan dan kemampuan” yang dimaksudkan dalam definisi jihad dari segi bahasa boleh diaplikasikan dalam pelbagai bentuk, antaranya: a) Pengerahan kekuatan dan kemampuan menerusi kata-kata.b) Pengerahan kekuatan dan kemampuan melalui perbuatan nyata, seperti berlawan (samada dengan atau tanpa senjata), menyumbang wang atau harta benda.c) Pengerahan kekuatan dan kemampuan dengan keengganan untuk membuat sesuatu perkara atau kengganan untuk berkata-kata, seperti enggan mentaati ibubapa dalam perkara maksiat. (Muhammad Khayr Haikal, 1996 ji.1: 39) Pengertian jihad dari segi bahasa tidak menghadkan aliran, ideologi maupun agama si pengguna istilah jihad tersebut. Oleh yang demikian bagi orang Islam, jihad yang dilakukan adalah pada jalan Allah (Muhammad Khayr Haikal, 1996 jil.1: 40)Jihad Menurut al-Qur’an dan Sunnah Definisi jihad dalam Syariah Islam sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Qur’an dan Sunnah adalah lebih khusus berbanding dengan maknanya dari segi bahasa. Jihad bermaksud “mengerahkan tenaga dan usaha untuk berperang pada jalan Allah, samada secara langsung (bertempur di medan perang), ataupun dengan harta, akal fikiran, membekalkan tentera tambahan, logistik, bantuan perubatan bagi tentera dan sebagainya. (Muhammad Khayr Haikal, 1996 jil.1: 40) Sehubungan itu, Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Nisa’ ayat 95 yang bermaksud: “Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman- selain daripada orang-orang yang ada keuzuran- dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak berperang disebabkan uzur) dengn kelebihan satu darjat.” Allah juga berfirman di dalam surah al-Taubah ayat 41 yang bermaksud:“Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggunggjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. Menerusi ayat ini, Allah memerintahkan orang-orang Islam keluar beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah walau dalam apa situasi dan keadaan sekalipun, samada dengan nyawa dan juga harta benda. Jika diteliti, kita akan dapati dalam kebanyakan ayat-ayat dan wahyu yang diturunkan oleh Allah Taala berkenaan jihad, istilah jihad sering digandingkan atau dikaitkan dengan frasa “berjihad dengan harta dan nyawa ataupun jiwa”. Ini tidak membuktikan bahawa jihad dengan harta adalah lebih baik atau lebih diutamakan daripada berjihad dengan nyawa. Akan tetapi, ia menjelaskan hakikat berjihad pada jalan Allah yang pada kebiasaannya meliputi dua komponen utama, iaitu harta dan nyawa. Harta adalah perlu untuk mempersiapkan peralatan dan kelengkapan peperangan, manakala nyawa atau jiwa raga adalah penting sebagai bala tentera. Selain itu, adalah menjadi fitrah manusia lebih menyayangi nyawa berbanding dengan harta. Justeru, ketika membicarakan tentang jihad dan menyeru orang-orang Islam untuk keluar berjihad, Allah Taala sering mendahulukan frasa “jihad dengan harta”, dengan tujuan untuk memberi semangat dan mendorong mereka berjihad, kerana jihad dengan harta adalah lebih mudah untuk dilakukan. Sebagaimana di maksudkan oleh ayat-ayat di dalam al-Qur’an, hadith dan sunnah Rasulullah s.a.w. berkenaan jihad juga memfokuskan dan mengkhususkan makna jihad kepada bertempur dan berperang pada jalan Allah. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Beritahulah aku, amalan apakah yang setanding dengan jihad? Rasulullah s.a.w. menjawab: Aku tidak memperolehnya. Lelaki tersebut berkata: Beritahu dan terangkanlah kepadaku. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Apabila mujahid (pejuang) berangkat untuk berjihad, sanggupkah kamu masuk ke masjid, lalu berdiri sembahyang dan tidak berhenti, adakah kamu terdaya untuk berpuasa terus-menerus tanpa berbuka walau sehari? Baginda bersabda lagi: Siapakah yang sanggup melakukan sedemikian?” Di dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. juga pernah menjelaskan:“Dari Abu Said al-Khudri r.a. berkata: ada orang bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah manusia yang lebih utama? Rasulullah s.a.w. menjawab: Orang mukmin yang berjihad dalam agama Allah dengan diri (jiwa) dan hartanya. Mereka bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: Orang mukmin yang berada di jalan lereng bukit, bertaqwa kepada Allah dan manusia terhindar dari kejahatannya”. Walaupun konsep jihad dalam al-Qur’an dan Sunnah dikaitkan dan difokuskan kepada pertempuran dan peperangan, namun ia bukanlah satu-satunya jalan atau cara untuk melakukan ibadah tersebut. Menurut seorang ulama’ fiqh kontemporari, Wahbah al-Zuhayli, terdapat beberapa cara manifestasi jihad yang boleh dilakukan, iaitu jihad dengan jiwa raga, harta dan juga kata-kata, bagi tujuan mempertahankan diri daripada musuh (Wahbah al-Zuhayli, 1997, jil.6: 448). Kebanyakan ayat-ayat al-Qur’an berkenaan jihad diturunkan menjelaskan peperangan yang telah berlangsung dan tidak dapat dielakkan (Ergun Kapan et al., 2004: 22). Jihad dalam ertikata berperang dan bertempur adalah jalan terakhir dalam menangani permusuhan dan konflik. Ini sejajar dengan konsep keamanaan yang dibawa dan diseru oleh agama Islam. Bahkan, berjihad untuk menawan negara musuh, kepentingan mereka atau menakluk mereka semata-mata bukanlah sesuatu yang dituntut oleh Islam. Peristiwa (pembukaan /penawanan Makkah) tanpa pertumpahan darah dan pertempuran tragis selepas 2 tahun Muslimin memeterai perjanjian Hudaibiyah serta menanti dengan penuh kesabaran adalah bukti kukuh polisi keamananan yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w. 2.1 Era Makkah Sebelum Hijrah Semenjak wahyu diturunkan oleh Allah Taala kepada Rasulullah s.a.w., Baginda berusaha untuk menyampaikan Risalah Allah dan mengembangkan ajaran Islam dengan sedaya upaya melalui pelbagai cara. Rasulullah s.a.w. berdakwah selama 13 tahun di Makkah dan selama tempoh tersebut, Baginda telah menempuh pelbagai cabaran, penentangan serta menghadapi tentangan dan cabaran yang hebat dari kaum Quraisy Makkah. Dakwah secara aman kurang mendapat sambutan, malahan penyeksaan dan penghinaan diberikan kepada Rasulullah s.a.w. serta para pengikut Baginda. Namun, sebelum termeterainya perjanjian Aqabah ke II pada tahun ke 13 selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., kaum Muslimin tidak diizinkan memerangi musuh. Perlu dijelaskan di sini bahawa larangan berperang ataupun berjihad bukan bermaksud kaum Muslimin tidak dibenarkan sama sekali berperang dengan pihak musuh. Akan tetapi, yang dimaksudkan di sini ialah kaum Muslimin dilarang memulakan peperangan secara besar-besaran atau berhadapan dengan musuh di medan perang, tetapi dibolehkan berperang untuk mempertahankan diri dan membalas kekejaman serta penyeksaan oleh masyarakat Jahiliyyah. (Muhannad Khayr Haikal, 1996 jil.1: 457) Kezaliman dan penyeksaan yang dilakukan terhadap kaum Muslimin sudah sampai ke kemuncaknya apabila mereka telah dianiaya serta diusir dari rumah dan kampung halaman mereka sendiri. Bagi membela nasib orang-orang Islam serta mempertahankan maruah Islam dan Muslimin, Allah telah mensyari’atkan jihad dengan mengizinkan kaum Muslimin berperang dan melawani orang-orang kafir. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Nisa’i, kebanyakan ulama’ (terdahulu) mengatakan bahawa ayat keizinan untuk berjihad yang pertama diturunkan ialah surah al-Haj ayat 39-40. Ayat tersebut diturunkan oleh Allah Taala semasa orang-orang Islam di Makkah dalam perjalanan ke Madinah untuk berhijrah. (Muhammad Khayr Haikal,1996 jil.1: 460-461) Implikasi dari keizinan untuk berjihad ini, kaum Muslimin telah diberi peluang untuk berperang dengan Musyrikin di medan perang serta menuntut kembali hak dan mengembalikan maruah mereka. Namun begitu, pada peringkat awal jihad dibenarkan dalam Islam, ia bukanlah sesuatu yang diwajibkan dan dituntut ke atas kaum Muslimin. Allah s.w.t. berfirman maksudnya:“Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Berkuasa menolong mereka. Iaitu orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah.” 2.2. Era Madinah Selepas HijrahHijrah ke Madinah sememangnya membawa rahmat kepada kaum Muslimin dan merupakan platform untuk Islam mencari tapak yang kukuh untuk berkembang. Keadaan Muslimin dan masa depan Islam semakin cerah dan memberangsangkan dengan sokongan padu penduduk Madinah. Rasulullah s.a.w. berjaya menyediakan barisan pejuang yang sanggup berjihad pada jalan Allah dan berkorban nyawa demi Islam. Pada sekitar akhir tahun pertama atau tahun kedua selepas hijrah, Allah s.w.t. telah mewajibkan jihad ke atas kaum Muslimin. (Muhammad Khayr Haikal,1996 jil.1:463) Ini dinyatakan menerusi ayat 216 dalam surah al-Baqarah. Allah berfirman yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu”. Allah juga berfirman menerusi ayat 190 di dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: “Dan perangilah di jalan Allah orang –orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” Menerusi ayat 190 ini, Allah s.w.t. telah menjadikan jihad pada jalan Allah () –berperang- menentang musuh Islam yang memerangi ummat Islam sebagai suatu tuntutan yang wajib. Akan tetapi, kaum Muslimin tidak dibenarkan memerangi orang-orang kafir yang tidak melancarkan serangan atau peperangan terhadap orang Islam serta dilarang daripada melampaui batas seperti bertindak kejam dan zalim ketika berperang. Setelah orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) melanggar perjanjian yang dimeterai dengan Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin, Allah Taala telah menurunkan wahyu di dalam surah al-Taubah yang mengarahkan kaum Muslimin memerangi kaum Musyrikin, termasuk juga ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) yang tidak beriman kepada Allah, sehinggalah mereka memeluk agama Islam dan melafazkan kalimah syahadah ataupun bersetuju untuk membayar . Secara ringkas, kronologi pensyari’atan Jihad (berperang) di jalan Allah boleh diringkaskan seperti berikut:a) Pada peringkat awal da’wah Rasulullah di era Makkah, Jihad memerangi musuh masih belum disyari’atkan oleh Islam. Walaupun terdapat beberapa ayat yang diturunkan di era tersebut yang menyebut tentang jihad seperti di dalam surah al-Ankabut ayat ke 6,8 dan 69 serta surah Luqman ayat 15, namun jihad dalam konteks tersebut lebih kepada makna jihad , bukan jihad yang melibatkan pertempuran dan peperangan. b) Semasa proses Hijrah ke Madinah, kaum Muslimin mendapat keizinan untuk berjihad dan berperang daripada Allah Taala. Namun pada tahap ini, Allah Taala membenarkan orang-orang Islam berperang, tetapi bukan mewajibkannya. c) Selepas Hijrah ke Madinah, kaum Muslimin diwajibkan berjihad memerangi mereka yang memusuhi serta memerangi Islam dan Muslimin. Terdapat hampir 26 istilah jihad yang disebut di dalam surah-surah . Kebanyakkannya dengan jelas membawa maksud berperang pada jalan Allah Taala, atau kerana Allah Taala. (Muhammad Khayr Haikal,1996 jil.1: 41) Kajian tentang kronologi pensyari’atan jihad mendapati bahawa tuntutan dan hukum jihad diturunkan secara beransur-ansur, berperingkat dan mengikut kesesuaian masa, kepelbagaian dan keperluan situasi serta persediaan mental dan fizikal kaum Muslimin. Ini membuktikan keistimewaan Islam sebagai agama fitrah manusia yang tidak membebankan serta releven dengan keadaan semasa. Secara perbandingan, keadaan kaum Muslimin di Makkah sebelum Hijrah agak lemah, memandangkan pengikut Nabi Muhammad s.a.w. masih sedikit dan mereka merupakan golongan minoriti yang sering ditindas. Oleh itu, Allah Taala Yang Maha Mengetahui akan ketidakupayaan mereka untuk bertempur dan berperang tidak mensyari’atkan kaum Muslimin di Makkah untuk berjihad. Sebaliknya, semasa di Madinah, Islam berkembang dan memperkukuhkan pengaruhnya. Setelah wujudnya kerajaan dan pemerintahan Islam yang kukuh di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w., jihad telah disyari’atkan. Pada masa tersebut, Rasulullah telah dapat mempersiapkan barisan pejuang yang beriman dan sanggup berkorban segala-galanya demi Islam. Jihad merupakan suatu amalan ibadah yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan tersendiri. Ia adalah kemuncak amalan terpuji yang dituntut di dalam Islam, jika dibandingkan dengan amalan-amalan lain selain daripada solat wajib. Majoriti ulama’ Islam berpendapat jihad adalah lebih utama daripada solat dan puasa sunnat, sepertimana yang digambarkan melaui hadith dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia merupakan satu prinsip yang agung di dalam Islam kerana ia merupakan salah satu cara memelihara kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan Islam. (Wahbah al-Zuhayli, 1996, jil. 6: 448) Oleh kerana itulah jihad menjadi (tuntutan yang wajib) dan perintah yang berkekalan hingga ke hari Kiamat. Allah taala berfirman di dalam surah al-Haj ayat ke 78 yang bermaksud:“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah s.w.t. dengan jihad yang sebenar-benarnya”Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: “Apakah perbuatan yang paling baik? Jawab Rasulullah s.a.w. : ‘Beriman kepada Allah Taala’. Kemudian perbuatan apa pula? Jawab Rasulullah s.a.w.:‘Jihad pada jalan Allah’. Kemudian apa pula? Jawab Rasulullah s.a.w.: Haji yang mabrur”. Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. untuk mereka yang berjihad samada dengan nyawa atau harta benda termasuklah pahala yang besar, (keampunan) dari segala dosa daripada Allah Taala, kemuliaan di sisi Allah di dunia dan di Akhirat, selamat dari azab kubur dan seksa Neraka serta jaminan tempat yang eksklusif di Akhirat dan di Syurga. Allah menjanjikan ganjaran yang banyak dan istimewa kepada para mujahidin, terutamanya yang mati syahid di medan perang kerana mereka adalah tentera Allah di muka bumi. Perlu dijelaskan di sini, meskipun jihad boleh diterjemahkan dan dilakukan melalui beberapa wadah dan cara, namun berjihad dengan jiwa raga adalah yang paling utama dan paling dituntut oleh Islam. Pengorbanan seseorang berjihad semata-mata kerana Allah tidak dapat ditandingi dengan mana-mana amalan yang lain. (Sheikh Abdullah, 1995:14) Demikian dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith (benar dan autentik) yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:“Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Beritahulah aku, amalan apakah yang setanding dengan jihad? Rasulullah s.a.w. menjawab: Aku tidak memperolehnya. Lelaki tersebut berkata: Beritahu dan terangkanlah kepadaku. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Apabila mujahid (pejuang) berangkat untuk berjihad, sanggupkah kamu masuk ke masjid, lalu berdiri sembahyang dan tidak berhenti, adakah kamu terdaya untuk berpuasa terus-menerus tanpa berbuka walau sehari? Baginda bersabda lagi: Siapakah yang sanggup melakukan sedemikian?” Rasulullah di dalam hadith yang lain juga pernah bersabda:“Dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala telah menjamin bagi orang yang pergi berperang fi sabilillah (untuk menegakkan agama Allah) dengan firmannya: Siapa yang pergi berjihad hanya semata-mata untuk membela dan menegakkan agamaKu, dan kerana iman kepadaKu, serta percaya kepada RasulKu; maka Aku menjamin bahawa aku akan masukkannya ke dalam Syurga (jika dia mati di medan perang) atau mengembalikannya pulang ke rumahnya membawa kemenangan, berupa pahala dan harta pampasan”. Seterusnya di dalam hadith yang lainnya, Rasulullah s.a.w. menjelaskan kelebihan berjihad : “Dari Anas bin Malik r.a.berkata. Rasulullah s.a.w. bersabda: jihad fi sabilillah pagi dan petang lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya”.Oleh kerana jihad melibatkan pengorbanan yang besar dari segi harta dan juga nyawa, maka dalam melaksanakannya seseorang Muslim perlu mempunyai tahap keimanan yang tinggi agar dapat melaksanakan jihad dengan niat yang benar, ikhlas dan penuh keredhaan. Di dalam al-Qur’an, Allah Taala menjelaskan dengan ayat yang indah bahawa jihad adalah umpama satu pelaburan yang paling menguntungkan bagi seseorang Muslim, disebabkan keistimewaan ganjarannya yang tidak tertanding. Allah s.w.t berfirman, di dalam surah al-Saf ayat 10-13, maksudnya :“Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ’adn. Itulah keuntungan yang besar. Dan ada lagi kurnia lain yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” Selain yang disebutkan di atas, di antara ganjaran dan kelebihan yang akan dinikmati oleh orang-orang yang berjihad, terutamanya yang (mati kerana berjihad) ialah: (Sheikh Abdullah,1995: 27)i) Ruh para mujahid yang berada di dalam burung-burung hijau yang berterbangan bebas di Syurga.ii) Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan mereka.iii) Peluang meminta syafa’at daripada Allah agar pahalanya dapat digunakan untuk mengampuni sehingga 70 orang ahli keluarganya.iv) Pada hari Pembalasan, orang yang ketika berjihad akan datang dengan rasa yakin dan selamat daripada ketakutan terhadap balasan dan seksaan.v) Mujahid yang tidak akan merasa sakit dan terseksa semasa saat kematian. Mereka hanya akan berasa seperti dicubit sahaja.Sesuatu jihad ataupun peperangan yang dilakukan pada jalan Allah mestilah mempunyai tujuan dan kepentingan yang diredhai oleh Allah Taala. Perintah Allah Taala kepada kaum Muslimin supaya berperang tidak boleh dimanipulasi dan dijadikan alasan oleh ummat Islam untuk sewenang-wenangnya mengangkat senjata dan melancarkan peperangan. Ini kerana Islam merupakan agama yang menitikberatkan (persaudaraan), keamanan dan kedamaian. Malah, istilah “Islam’ itu sendiri beerti selamat dan sejahtera. Di antara tujuan ummat Islam berjihad adalah seperti berikut: 1) Mempertahankan Islam dan ajarannya. - Berjihad untuk mempertahankan ajaran Islam merangkumi juga membanteras sebarang pergerakan, usaha dan rancangan untuk memutarbelitkan ajaran Islam, atau menghancurkan aqidah Muslimin, baik secara terang-terangan mahupun berselindung. - Ummat Islam mesti peka dan sedar akan propaganda musuh dan pelbagai taktik mereka yang digunakan untuk menghancurkan aqidah Muslimin, samada melalui penulisan atau kajian tentang Islam, melalui serangan pemikiran, ekonomi ataupun budaya hidup.- Muslimin haruslah mengembalikan integriti Islam sebagai agama yang benar dan mentauhidkan Allah Taala.- Dalam konteks ini, jihad melalui kata-kata, ilmu, penulisan dan ekonomi amat sesuai.2) Membela diri dan nasib Muslimin daripada kezaliman dan penganiyaan pihak musuh. - Ini termasuklah jihad mengusir para penceroboh dan penjajah yang merampas negara atau kawasan kediaman kaum Muslimin. Seumpamanya, jihad menentang musuh yang menghalau kaum Muslimin dari tanah air, sepertimana yang berlaku pada orang-orang Islam generasi awal di Makkah. - Kezaliman terhadap kaum Muslimin juga boleh terjadi melalui penafian hak-hak kemanusiaan serta pencabulan hak-hak asasi, penindasan dari pelbagai aspek dan cara, dan sebagainya.- Ummat Islam tidak boleh selamanya membiarkan diri mereka ditindas dan dianiaya oleh pihak musuh. 3) Meluaskan syiar Islam. - Jihad adalah satu mekanisme bagi meluaskan syiar Islam, terutamanya ketika dakwah secara aman tidak dapat dijalankan. Sheikh Muhammad Abu Zahrah merumuskan bahawa Rasulullah s.a.w. berjihad atas dasar dua perkara: Pertama, mempertahankan diri daripada serangan musuh. Kedua: menjamin dakwah Islam dapat dijalankan kerana dakwah Islam merupakan dakwah yang hak dan benar. (Muhammad Khayr Haikal, jil.1: 587)- Namun, perlu dijelaskan di sini bahawa Islam tidak membenarkan sebarang paksaan atau kekerasan dalam berdakwah. Satu perkara yang perlu ditekankan ialah kebanyakan Ulama’ berpendapat, prasyarat untuk melancarkan peperangan adalah seruan dan dakwah Islam terlebih dahulu telah disampaikan dan dijalankan terhadap pihak musuh yang ingin diperangi. (Wahbah al-Zuhayli,1997 jil.6: 457) Ini menjelaskan bahawa pihak lawan tidak boleh diserang sebelum menerima dakwah dan seruan Islam secara aman. Syarat ini adalah bersesuaian dengan hakikat Islam sebagai agama yang adil, dan menitikberatkan kedamaian dan keamanan. Terdapat hadith yang bahawa menjelaskan dakwah wajib disampaikan dahulu sebelum peperangan sepertimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas yang menyatakan:“Rasulullah s.a.w. tidak pernah memerangi mana-mana kaum kecuali Baginda terlebih dahulu menyeru atau mendakwah mereka.” Rasulullah s.a.w. juga bersabda di dalam hadith yang lain:“Apabila kamu bertemu dengan orang- orang Musyrikin musuh kamu, maka serulah mereka kepada tiga perkara. Jika mereka menerima salah satu daripadanya, maka terimalah daripada mereka dan tahanlah diri daripada mereka.(maksudnya, janganlah memerangi mereka) Serulah mereka kepada Islam, jika mereka menerima, maka tahanlah diri daraipada mereka. Jika mereka enggan, mintalah jizyah, jika mereka bersetuju, terimalah dan tahanlah diri daripada mereka. Jika mereka enggan juga, mintalah pertolongan daripada Allah s.w.t. dan perangilah mereka…” Kesimpulannya, musuh yang tidak sampai dakwah perlulah diserukan kepada Islam terlebih dahulu. Perlu ditekankan disini, Islam tidak akan menghukum seseorang yang tidak menerima sebarang dakwah atau seruan untuk beriman. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Isra’ ayat ke 15 yang bermaksud:“Dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang Rasul” Secara dasarnya, jihad merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Allah Taala, semenjak selepas Hijrah sehinggalah ke hari Kiamat kelak. Namun, kemusykilan yang timbul ialah, adakah ia diwajibkan (dikan) ke atas setiap orang Islam atau merupakan tuntutan ke atas sebahagian kaum Muslimin sahaja? Ulama’ merumuskan hukum kewajipan berjihad berdasarkan beberapa situasi dan keadaan. 5.1 Ketika tiada kerahan tenaga atau pengisytiharan perang Hukum jihad ketika tiada kerahan tenaga ataupun tiada arahan berperang daripada ketua negara atau pemerintah adalah . Maksudnya, jihad adalah diwajibkan ke atas semua para pejuang, tetapi apabila sebahagian daripada mujahid telah melakukannya (keluar berjihad), maka kewajipan tersebut tidak lagi dituntut oleh orang lain. (Wahbah al-Zuhayli,1997, jil.6: 452) Ini berdasarkan firman Allah Taala: “ Allah s.w.t. melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang yang tinggal duduk (tidak berjuang) dengan satu darjat. Dan kedua-duanya Allah janjikan dengan balasan baik”. Menerusi ayat di atas, Allah Taala telah menjanjikan kebaikan kepada para pejuang yang berjihad dan juga orang yang tidak turut berjuang di medan perang. Jika jihad itu merupakan (perkara yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam dan tidak akan gugur tuntutannya apabila sebahagian orang Islam melakukannya), sudah tentu Allah Taala tidak menjanjikan kebaikan kepada mereka yang tidak berjihad di medan perang. Ini kerana, perbuatan tidak ikut serta bertempur dianggap perbuatan yang haram kerana telah melanggar perintah yang diwajibkan. Ayat 122 daripada surah al-Taubah menjelaskan lagi:“Dan bukanlah semestinya semua orang yang beriman keluar berperang. Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya golongan itu mempelajari secara mendalami ilmu yang dituntut dalam agama..” Tambahan lagi, di antara tujuan disyari’atkan jihad adalah seruan kepada Islam, menegakkan aqidah yang sebenar serta menolak kejahatan musuh-musuh Islam. Secara umumnya, jika dalam keadaan tidak terdesak atau bukan darurat, semua ini dapat dijalankan oleh sebahagian mujahid sahaja. Sehubungan ini, wanita Islam tidak dibenarkan keluar berjihad tanpa izin suami ketika tiada kerahan tenaga dari pemerintah. Begitu juga halnya jika seorang anak tidak mendapat kebenaran daripada ibubapanya untuk keluar berjihad, maka dia tidak harus keluar berjuang. Ini kerana, mentaati suami bagi seorang isteri dan mentaati ibubapa bagi seorang anak adalah , sedangkan jihad adalah . Maka, perkara mestilah didahulukan serta diutamakan daripada . Pernah disebut dalam beberapa hadith dimana Rasulullah s.a.w. tidak menggalakkan sebahagian sahabat untuk berjihad sedangkan ada perkara yang lain yang dipandang lebih utama untuk dilakukan, dan perkara tersebut merupakan perkara , seperti berbakti kepada orang tua. Ini membuktikan dalam konteks keadaan biasa dan bukan di waktu perang diisyhtiharkan, jihad adalah . 5.2 Ketika kerahan tenaga atau pengisytiharan perang Jika adanya kerahan tenaga yang menyeluruh daripada pemerintah ataupun pengisytiharan perang seperti ketika negara Islam diserang musuh, maka jihad menjadi ke atas setiap orang Muslim yang berupaya, sepertimana firman Allah Taala yang bermaksud:“Pergilah kamu beramai-ramai sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat…” Dalam keadaan ini, seorang isteri yang tidak mendapat izin suaminya atau seorang anak yang tidak mendapat kebenaran ibu bapanya boleh keluar berjuang dan berperang, kerana hukum jihad ketika ini adalah wajib ke atas setiap orang Islam, dan tidak akan gugur walaupun sebahagian daripada mereka telah melakukannya, seperti ibadah solat dan sebagainya. (Wahbah al-Zuhaiy,1997 jil.6: 453) Sehubungan ini, ada tiga jenis keadaan jihad sepertimana yang dirumuskan oleh para ulama’: (Wahbah al-Zuhayli,1997 jil.6: 454-455)1) Ketika bertemu dan bertembung dengan tentera musuh di medan perang.-Dalam keadaan ini, mujahid mestilah bertahan dan diharamkan melarikan diri dari medan pertempuran, berdasarkan firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertembung dengan pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatlah Allah s.w.t. banyak-banyak…”2) Apabila orang-orang kafir menyerang sesebuah negara Islam.-Ketika situasi ini, penduduk-penduduk negeri tersebut mestilah memerangi musuh dan menghalau mereka.3) Apabila ketua negara atau pemerintah mengisytiharkan ‘kerahan tenaga’ bagi memerangi sesuatu kaum, mereka hendaklah turun ke medan perang untuk bertempur bersamanya.Allah taala berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Adakah patut bagi kamu, apabila dikatakan kepada kamu, ‘Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah Taala’, kamu berasa keberatan di tempat duduk masing-masing?”

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."